KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Fendi A to Z meninggal Dunia

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Fendi A to Z meninggal Dunia Empty
PostSubject: Fendi A to Z meninggal Dunia   Fendi A to Z meninggal Dunia EmptyWed May 26, 2010 1:31 am

Fendi A to Z meninggal Dunia Mainpixgq6

KUALA KEDAH: Bekas penyanyi kumpulan A to Z, Affendey Zainon, 39, atau lebih dikenali sebagai Fendi meninggal dunia akibat diserang angin ahmar selepas tiga hari dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Siti Norma Md Akhir, 58, dan bapanya, Zainon Cha, 58, di HSB, kira-kira jam 9.30 pagi.

Kumpulan A to Z popular dengan lagunya Itik Gembo-Gembo dan Berdendang pada 1990-an.

Lebih 200 orang, termasuk sanak saudara dan peminat menziarahi Allahyarham di rumah keluarganya di Taman Harapan di sini, untuk memberi penghormatan terakhir.

Adik perempuannya, Zailiawati Zainon, 32, berkata abang sulungnya itu diserang angin ahmar sejak Disember tahun lalu dan sejak itu arwah tidak berselera makan sehingga menyebabkan badannya semakin susut.

Katanya, Ahad lalu, abangnya mengadu sesak nafas dan beliau kemudian membawa Fendi ke HSB untuk mendapatkan rawatan kerana bimbang dengan keadaannya yang tidak bermaya.

"Saya memujuknya supaya pergi ke hospital tetapi dia hanya mendiamkan diri. Tak sangka pula dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya ketika ditemui di rumah mereka di Taman Harapan di sini, hari ini.

Beliau berkata, abangnya hanya sempat menyertai kumpulan A to Z selama dua tahun dan berhenti dari dunia hiburan untuk menyertai kumpulan tabligh.

---------------------------------------
Tomato man: benda ni dah 2 tahun berlalu.. but aku baru tahu.. sedeynya.. aku minat lagu2 kumpulan ni masa aku kecik2 dlu huhu.. itik gembo2..
Back to top Go down
 
Fendi A to Z meninggal Dunia
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Yanie Mentor Meninggal Dunia
» Takziah. Pelakon Umi Kalsom Meninggal dunia
» Zami Ismail @ Pak Uda pi mai pi mai tang tu meninggal dunia
» Achik Spin Meninggal Dunia dalam kemalangan Ngeri
» pelajar Tingkatan 3 Meninggal Dunia terkena renjatan elektrik

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: