KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 SAINS ANGKASA LEPAS: NASA Rancang Asteroid Jadi Stesen Angkasa Lepas

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

SAINS ANGKASA LEPAS: NASA Rancang Asteroid Jadi Stesen Angkasa Lepas Empty
PostSubject: SAINS ANGKASA LEPAS: NASA Rancang Asteroid Jadi Stesen Angkasa Lepas   SAINS ANGKASA LEPAS: NASA Rancang Asteroid Jadi Stesen Angkasa Lepas EmptyTue Dec 25, 2012 2:02 pm

SAINS ANGKASA LEPAS: NASA Rancang Asteroid Jadi Stesen Angkasa Lepas Du_04.1

WASHINGTON - Saintis Pentadbiran Aeronautik Dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merancang menjadikan sebuah asteroid seberat 500 tan sebagai stesen angkasa lepas untuk angkasawan-angkasawan yang dalam perjalanan ke planet Marikh. Akhbar dalam talian MailOnline melaporkan kelmarin bahawa projek melibatkan kos sebanyak AS$2.5 bilion (RM7.9 bilion) itu kini sedang dipertimbangkan oleh Pejabat Sains Dan Teknologi White House, Amerika Syarikat.

Jika projek tersebut diluluskan, asteroid sebesar dua buah bas dua tingkat itu bakal menjadi objek angkasa lepas pertama yang dijadikan stesen angkasa lepas. Menurut satu laporan oleh saintis-saintis NASA dan Institut Teknologi California, sebuah kapsul penangkap asteroid akan disambungkan pada roket Atlas yang menuju ke arah asteroid tersebut yang terletak antara Bumi dan Bulan.

Sebaik sahaja menghampiri asteroid berkenaan, sebuah sarung berdiameter sekitar 15 meter akan dikeluarkan daripada kapsul tersebut.
Sarung yang disambung dengan menggunakan kabel itu digunakan bagi membalut asteroid tersebut. Kapsul berkenaan akan menggunakan enjin berisi 300 kilogram bahan api untuk menghentikan putaran asteroid itu dan menarik objek itu ke lokasi tanpa graviti. Asteroid tersebut yang berada dalam keadaan pegun akan digunakan sebagai pangkalan masa depan untuk misi-misi meneroka angkasa raya.

"Idea mengeksploitasi sumber semula jadi asteroid telah dikemukakan sejak lebih seratus tahun dahulu tetapi hanya baru sekarang, manusia memiliki teknologi untuk menjadikannya sebagai satu realiti," kata laporan NASA.
Back to top Go down
 
SAINS ANGKASA LEPAS: NASA Rancang Asteroid Jadi Stesen Angkasa Lepas
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Angkatan Tentera laut Malaysia akan dapat Skim Baru lepas PRU13
» Universiti Teknologi Malaysia - Fakulti Sains (FS)
» Universiti Teknologi Malaysia - FAKULTI SAINS KOMPUTER & SISTEM MAKLUMAT (FSKSM)
» Nak Jadi Usahawan Berjaya
» pakai lambang pun jadi la

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN ILMU :: SAINS & KAJIAN ALAM-
Jump to: