KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Kabinet sedih kematian Remaja 15 Tahun ditembak Polis

Go down 
AuthorMessage
semut api

semut api


Posts : 34
DUIT gempakZ : 86
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-26

Kabinet sedih kematian Remaja 15 Tahun ditembak Polis Empty
PostSubject: Kabinet sedih kematian Remaja 15 Tahun ditembak Polis   Kabinet sedih kematian Remaja 15 Tahun ditembak Polis EmptyWed May 26, 2010 11:11 am

Kabinet sedih kematian Remaja 15 Tahun ditembak Polis Pix_gal0
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi ucapan pada majlis penyerahan sumbangan kepada Pengerusi Lembaga Pengelola SJK (C) Rasa, Ng Tek Kui di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Hadir sama Datuk Seri Noh Omar (dua dari kiri), Datuk Seri Chua Soi Lek, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan sekali) serta P Kamalanathan. - Foto Izhari Ariffin

Rakam simpati terhadap keluarga remaja mati terkena tembakan polis

PUTRAJAYA: Kabinet melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap keluarga remaja berusia 15 tahun yang mati terkena tembakan polis dalam satu kejadian di Seksyen 11, Shah Alam, Isnin lalu. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata Kabinet juga mahu siasatan berhubung kes berkenaan dilakukan secara telus. Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Rasa, Hulu Selangor di pejabat Perdana Menteri di sini, Noh berkata, beliau membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet, semalam.

Beliau berharap semua pihak tidak mempolitikkan kes berkenaan hingga mengeruhkan keadaan.

“Kes ini sukar hendak diselesaikan jika semua orang bercakap,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, remaja berkenaan, Aminulrasyid Amzah, terbunuh apabila terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda selepas dikatakan cuba melarikan diri.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kelmarin mengumumkan kementerian menubuhkan panel khas diketuai Timbalannya, Datuk Abu Seman Yusop untuk menyiasat kes berkenaan.

Noh berkata, beliau juga berbincang dengan Hishammuddin mengenai perkara itu dan diberi jaminan bahawa Kementerian Dalam Negeri akan menyiasatnya secara telus.

Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, ketika ditemui pada majlis sama mencadangkan supaya ahli panel khas berkenaan turut membabitkan anggota daripada badan bebas seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

“Cara kerajaan mengendalikan kes itu juga penting untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan benar-benar melakukan siasatan.

“Kerajaan perlu memastikan sesiapa yang melakukan kesalahan atau kesilapan mesti dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya.
Back to top Go down
 
Kabinet sedih kematian Remaja 15 Tahun ditembak Polis
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Pelajar 15 Tahun mati ditembak Polis! Wajarkah tindakan Polis?
» Kes Kematian AMinurRasyid: penembak ada niat menyebabkan kematian
» Doa akhir tahun dan awal tahun adalah Bid'ah??
» Doa Awal Tahun dan akhir Tahun Islam
» Shila Amzah Sedih Difitnah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: