KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Kes Kematian AMinurRasyid: penembak ada niat menyebabkan kematian

Go down 
AuthorMessage
loritah




Posts : 40
DUIT gempakZ : 110
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-26

Kes Kematian AMinurRasyid: penembak ada niat menyebabkan kematian Empty
PostSubject: Kes Kematian AMinurRasyid: penembak ada niat menyebabkan kematian   Kes Kematian AMinurRasyid: penembak ada niat menyebabkan kematian EmptyTue Mar 01, 2011 12:48 pm

Kes Kematian AMinurRasyid: penembak ada niat menyebabkan kematian Pix_gal0
Koperal Jenain Subi

SHAH ALAM: Koperal Jenain Subi yang diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Sesyen semalam dikatakan mempunyai niat menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, ketika melepaskan tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja berusia 15 tahun itu pada April tahun lalu.

Dalam penghakimannya, Hakim Latifah Mohd Tahar berkata, tertuduh mempunyai niat menyebabkan kematian apabila melepaskan tembakan di Jalan Tarian 11/2 ketika kereta Proton Iswara bernombor pendaftaran BET 5023 yang dipandu Aminulrasyid sudah tidak lagi agresif dan tidak membahayakan pengguna jalan raya lain. Katanya, tiada tindakan oleh kereta dipandu Aminulrasyid membahayakan kereta peronda MPV polis yang mengejarnya, apatah lagi kereta itu memasuki kawasan perumahan dan dalam keadaan terhuyung-hayang dengan kelajuan di antara 60 dan 70 kilometer sejam. “Sebagai anggota polis, wajar untuk tertuduh tahu bila tembakan dilepaskan dan (apabila) terkena pada sasaran, ia boleh menyebabkan kematian. Apatah lagi dalam keadaan kes ini, tembakan dilepaskan oleh senjata sub mesingan.

“Selepas mengambil kira keseluruhan kes dan penilaian maksimum, mahkamah mendapati pendakwaan berjaya buktikan kes prima facie terhadap tertuduh mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dan tertuduh diperintah membela diri,” katanya.

Latifah turut menetapkan dua hari bermula 14 April depan untuk perbicaraan dan tertuduh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi.

Jenain, 48, yang memakai kemeja lengan pendek berwarna merah dan berkopiah kelihatan tenang selepas keputusan dibacakan, manakala ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad, 62, yang duduk di galeri awam dilihat mengesat air mata. Tertuduh yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid, di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini, jam 1.10 pagi 26 April tahun lalu.
Back to top Go down
 
Kes Kematian AMinurRasyid: penembak ada niat menyebabkan kematian
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Anak Kucing Comel kematian Ibu
» Kabinet sedih kematian Remaja 15 Tahun ditembak Polis
» Bahaya Kurang Tidur - Bleh akibatkan kematian awal
» Marketing MLM yang melampau menyebabkan orang meluat

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: