KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Kecik - Raja Lawak 4

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Kecik - Raja Lawak 4 Empty
PostSubject: Kecik - Raja Lawak 4   Kecik - Raja Lawak 4 EmptyWed May 26, 2010 2:27 pm

Kecik - Raja Lawak 4 0
Idlan

Semua finalis Raja Lawak mempunyai suka duka tersendiri

JIKA tidak dapat mengubah kehidupan mereka 100 peratus, kemenangan empat anak muda ini di dalam program realiti Raja Lawak 4, Ahad lalu diharap bakal menjadi pembuka jalan untuk mereka menikmati hidup yang lebih sempurna.

Andai ditelusuri kisah hidup tiga finalis ini Kecik, Idlan dan Alex, mereka menyimpan kisah duka yang selama ini tidak diketahui peminat. Kecik, yang dianggotai dua sahabat Mohd Ilham Rusdy atau Achoe, 19, dan Safuan Madeaming atau Wan, 20, sebelum ini bukan menyandang jawatan tinggi. Achoe hanya bekerja di kafe siber, sementara Wan pula hanya berkerja di stesen minyak di daerah Kota Kinabalu.

Oleh kerana tidak menjawat jawatan besar, tiada wanita sudi mendampingi. Malah ada yang mengucap selamat tinggal setelah mengetahui pekerjaan mereka. Bagaimanapun, sejak menyertai Raja Lawak tidak semena-mena wanita yang satu ketika dulu menjauhi, tiba-tiba menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mahu meneruskan kembali hubungan.

Bagi tidak membazir gelaran juara yang disandang, mereka ketepikan seketika soal peribadi, seterusnya memberikan tumpuan terhadap masa depan kerjaya baru mereka. Perjalanan dalam dunia lawak juga tidak terhenti setakat ini kerana Achoe dan Wan akan menimba seberapa banyak ilmu daripada mereka yang berpengalaman.

Bercerita mengenai wang tunai RM 14,000 yang harus mereka kongsi. Achoe dan Wan berkenalan pada 2008 masih belum memikirkan apa yang mahu dilakukan ke atas wang itu. Setakat ini mereka hanya ingin membayar nazar, tetapi enggan mendedahkan apakah nazar itu. “Kami akan terus belajar memperbaiki lagi mutu lawak. Mungkin kami akan merujuk kepada orang lama dalam bidang ini mengenai kriteria lawak yang diterima. Kami sedar lawak Kecik kekampungan, ada yang boleh menerima dan ada juga yang tidak. Jadi kami perlu memperbaiki lagi lawak kami.

“Kami berharap Kecik dapat bertahan lama dalam bidang ini. Jika ditakdirkan kehadiran kami tidak lama di sini, kami tidak malu untuk kembali kepada kehidupan asal,” kata mereka.

Selain wang tunai RM 14,000, juara turut membawa pulang sebuah kereta Naza Sorento, serta barangan elektrik daripada Haier serta set karaoke Arezzo Hoffman.

Biasa hidup susah

PESERTA yang diramalkan mempunyai potensi bergelar juara, Khairul Idlan Abdul Razak, 21, terpaksa akur dengan kedudukan di tempat kedua. Menemui pemuda ini sebaik selesai siaran langsung Raja Lawak 4 yang bersiaran di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), langsung tidak terdetik perasaan kecewa di hati kecilnya sekalipun hanya menduduki tangga naib juara.

Begitu juga dengan kehidupan serba kekurangan yang dilalui. Meskipun hidup dalam serba kekurangan, dia tetap gembira malah tidak pernah menyalahkan takdir. Biarpun terpaksa mandi di sungai, tidur di lantai serta jarang menikmati makanan yang enak, dia tetap bersyukur dengan kehidupan yang dilalui.

“Saya tak pernah marah atau mempersoalkan kehidupan serba kekurangan yang saya lalui. Sebab itu saya tidak kecewa apabila tidak jadi juara, saya yang sepatutnya meminta maaf kepada penyokong kerana menghampakan mereka.

“Barangkali terlalu banyak menghafal hingga saya lupa dialog. Saya terlalu gementar melihat ramai orang pada malam ini, mungkin kerana ini peringkat akhir jadi perasaan takut berlipat ganda,” kata Idlan yang bekerja sebagai penebar roti canai di Junjung, Kulim, Kedah.

Anak ke tujuh daripada lapan beradik ini merancang mahu membesarkan kediaman keluarganya dengan wang tunai sebanyak RM11,000 yang dimenangi. Bagaimanapun, dia menyimpan harapan supaya kehadirannya di dalam industri seni diterima. Dia menyerahkan kepada Astro untuk merencanakan perjalanan kerjaya barunya ini.

Tiga bulan menjalani kehidupan sebagai orang kota, Idlan tidak malu menyatakan betapa dia rindukan kampung halamannya. Sejak datang ke Kuala Lumpur, barulah dia dapat merasa mandi air paip.

“Di kampung, masak, mandi dan membasuh semuanya kami gunakan air sungai di tepi rumah. Walaupun agak payah kerana tiada saluran air ke dalam rumah tetapi saya sudah terbiasa hidup begitu dan rindu untuk menjalani kehidupan seperti dulu,” katanya yang turut membawa pulang sebuah kereta Naza Optima serta barangan elektrik daripada Haier dan juga set karaoke Arezzo Hoffman.

Sama seperti Kecik, Idlan juga tidak mempunyai lesen kereta. Oleh itu, Idlan merancang untuk mengambil lesen kereta satu hari nanti.

Jika selama ini permohonan kerjanya sering kali ditolak mungkin kerana faktor tubuhnya, Alexander Ahat, 28, atau Alex, pemenang tempat ketiga pertandingan ini menganggap penyertaannya di dalam Raja Lawak 4 sebagai satu rahmat kerana berjaya menduduki tempat ketiga sekali gus membuka mata ramai.

“Saya tak sangka orang berbadan besar ada peminat. Sebelum ini saya sering berasa rendah diri dan tidak yakin mempunyai peminat. Apatah lagi sebelum menyertai Raja Lawak, permohonan kerja saya sering ditolak.

“Nasib baik saya hanya bekerja sambilan saja sebagai jurulatih sambilan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Jika tidak, tentu sukar untuk saya menyertai uji bakat Raja Lawak yang diadakan. Berada di tangga finalis bukanlah muda, oleh itu saya perlu bekerja dengan lebih keras supaya kerjaya saya tidak tenggelam begitu saja. Saya akan belajar selok belok di belakang tabir serta ilmu berlawak,” kata Alex yang memenangi wang tunai RM 8,000, motosikal Naza Blade 250 R, barangan elektrik sumbangan Haier dan juga seta karaoke.

Angka tiga tetap ada tuah

KEPUTUSAN undian SMS yang dibuka sejak Isnin lalu dari awal sudah membayangkan kemenangan Kecik, sekalipun pada pertandingan akhir Alex lebih menyerlah dalam kedua-dua segmen.

Kecik memperoleh sebanyak 49.5 peratus undi, Idlan dengan 32.3 peratus manakala Alex pula 18.2 peratus undi. Kisah hidup pemandu teksi dan pembantu rumah yang disampaikan di dalam kedua-dua segmen cukup mengesankan.

Malah ramai menjangkakan tidak mustahil peserta dari Papar, Sabah itu boleh bergelar juara. Ketiga-tiga pengkritik tetap iaitu Bob Lokman, Din Beramboi dan Afdlin Shauki turut memuji kehebatan Alex pada malam itu, namun kuasa pemenang di tentukan oleh undian SMS.

Alex bagaimanapun tidak kecewa biarpun berada di tangga ketiga. Angka tiga adalah angka bertuah buatnya kerana ketika menyertai uji bakat yang diadakan di One Bornoe, dia adalah peserta ketiga yang diuji. Ketika ditentukan untuk ke final, dia juga adalah peserta ketiga yang diumumkan begitu juga dengan keputusan pada malam pertandingan akhir.

Sementara Kecik pula, tidak kecewa biarpun juri memilih Alex. Mereka juga tidak menafikan kehebatan Alex pada malam itu, bagaimanapun terpaksa akur dengan keputusan undian berdasarkan SMS yang lebih memihak kepada mereka.
Back to top Go down
 
Kecik - Raja Lawak 4
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Amir Raja Lawak Serik Bercinta, Dipermainkan
» Anak Raja Bahrin Bertemu Jodoh
» Tom myStarz LG @ Raja Farah disepak terajang?
» Lawak Politik
» Karangan Lawak Gler

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: