KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Malaysia sedia dakwa Israel di ICJ

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Malaysia sedia dakwa Israel di ICJ Empty
PostSubject: Malaysia sedia dakwa Israel di ICJ   Malaysia sedia dakwa Israel di ICJ EmptyMon Jun 07, 2010 12:33 pm

Malaysia sedia dakwa Israel di ICJ Pix_gal0
SUKARELAWAN Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza selamat tiba di tanah air jam 5.40 pagi semalam.

Pengamal undang-undang rangka petisyen bantah serangan Mavi Marmara

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memfailkan petisyen terhadap Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) di The Hague kerana menyerang kapal bawa bantuan kemanusiaan, Mavi Marmara dan membunuh sembilan sukarelawan, minggu lalu.

Berikutan itu, satu pasukan pengamal undang-undang di negara ini sudah ditubuhkan dan kini dalam proses merangka petisyen berkenaan untuk difailkan. Pengerusi Sekretariat Perundangan Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim, berkata pasukan itu kini meneliti maklumat berkaitan serangan berkenaan. Kamilia yang juga Naib Ketua Wanita UMNO berkata, setakat ini 10 peguam sudah menyertai misi guaman sukarela itu dan pihaknya mengalu-alukan penyertaan mana-mana peguam tanpa mengira ideologi politik dan agama, terutama peguam hak asasi manusia, selain penuntut undang-undang.
“Kita kena bertindak kerana apa yang dilakukan Israel jelas mencabuli undang-undang antarabangsa dan melanggar hak asasi, lebih-lebih lagi menembak mati sukarelawan dari jarak dekat.

“Kita juga ada saksi hidup yang boleh menceritakan kejadian di atas kapal Mavi Marmara,” katanya di kediaman Perdana Menteri pada majlis meraikan 12 sukarelawan di sini, semalam. Usaha itu juga mendapat kebenaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersarapan bersama 12 sukarelawan diketuai Noorazman Mohd Shamsuddin.
Dua belas aktivis kapal Mavi Marmara yang diserang Israel itu tiba di tanah air jam 5.40 pagi semalam.

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur disambut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan pula berkata sebahagian sukarelawan setuju berkongsi pengalaman pada ceramah yang akan diatur UMNO.
Back to top Go down
 
Malaysia sedia dakwa Israel di ICJ
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» kapal dagang israel masuk malaysia
» Penduduk Israel perlu keluar dari Palestin
» Surat pembaca Bharian: Pihak selenggara tandas digesa sedia sabun elak jangkitan H1N1
» Pakatan Rakyat Pula Di Dakwa bakal Menang Besar PRU13
» Warga Eropah kecam Israel

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: