KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Drogba, Robben resah masa makin suntuk

Go down 
AuthorMessage
cha_syah

cha_syah


Posts : 23
DUIT gempakZ : 64
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-26

Drogba, Robben resah masa makin suntuk Empty
PostSubject: Drogba, Robben resah masa makin suntuk   Drogba, Robben resah masa makin suntuk EmptyWed Jun 09, 2010 2:59 pm

Kecederaan belum pulih menjelang perlawanan pertama

JOHANNESBURG: Didier Drogba dan Arjen Robben berharap sempat pulih daripada kecederaan yang menghantui pemain bintang menjelang sepak mula Piala Dunia Afrika Selatan, Jumaat ini. Penyerang Chelsea, Drogba kembali ke kem latihan Ivory Coast di Alps Switzerland, kelmarin selepas pembedahan lengan yang patah ketika membantu pasukan itu menang dalam perlawanan persahabatan menentang Jepun yang turut beraksi di Piala Dunia, minggu lalu. Tetapi ketika jurucakap Persekutuan Bola Sepak Ivory Coast, Quattara Hegaud menyifatkan keputusan pembedahan itu ‘sangat menggalakkan’, pihaknya menegaskan belum pasti sama ada bintang itu akan cergas dalam tempoh terdekat.

Skuad ‘Sang Gajah’ akan menentang Portugal dalam perlawanan pembukaan 15 Jun ini yang bakal menentukan siapa yang akan mengiringi juara lima kali dan pasukan pilihan Kumpulan G, Brazil ke pusingan kalah mati.

Robben pula kekal di Belanda ketika rakan sepasukan terbang ke Johannesburg dalam usahanya mengatasi masalah hamstring yang dialaminya ketika beraksi menewaskan pasukan yang tidak layak ke Piala Dunia, Hungary 6-1.

“Saya akan melakukan segala-galanya untuk memastikan saya kembali cergas dalam minggu ini. Dengan perubatan secara konvensional, otot paha saya memerlukan empat hingga enam minggu untuk pulih, jadi kami perlu menggunakan kaedah lain,” katanya kepada stesen televisyen Belanda.
Portugal mengalu-alukan kepulangan perancang Pepe selepas enam bulan akibat cedera lutut untuk perlawanan pemanas badan menentang Mozambique di Johannesburg. – AFP

sumber: http://forum.cari.com.my/news/bh/readmore.php?article=Drogba_Robbenresahmasamakinsuntuk/Article
Back to top Go down
 
Drogba, Robben resah masa makin suntuk
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» ORANG TERTEKAN JIWA MAKIN RAMAI
» Drogba masih berpeluang galas cabaran
» Bolehkah manusia merentas masa?
» Artis yang tengah TOP masa kini
» Haiwan Pelik di Australia suatu masa dahulu

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: BOLA, SUKAN & PERMAINAN-
Jump to: