KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 ORANG TERTEKAN JIWA MAKIN RAMAI

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

ORANG TERTEKAN JIWA MAKIN RAMAI Empty
PostSubject: ORANG TERTEKAN JIWA MAKIN RAMAI   ORANG TERTEKAN JIWA MAKIN RAMAI EmptyWed Jun 30, 2010 1:54 pm

Trend peningkatan jumlah rakyat negara ini termasuk golongan remaja dan kanak-kanak yang menghidap pelbagai penyakit berkaitan jiwa semakin membimbangkan. Jika tekanan jiwa di kalangan remaja dan kanak-kakan disebabkan peperiksaan di sekolah, golongan dewasa pula terpaksa menghadapi persekitaran hidup yang begitu mencabar.

Ketika mendedahkan masalah itu semasa perasmian program Fiesta Jom Sihat di Bentong, Pahang semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata persaingan era global selain desakan gaya hidup merupakan punca utama.

Peperiksaan punca tekanan
Oleh ZULKIFLI MANZOR

ORANG TERTEKAN JIWA MAKIN RAMAI Ne_01.1
TIONG LAI (kiri) tertarik dengan gambar-gambar yang dipamerkan di Lorong Sementa Sejahtera, Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan, Bentong semalam.

BENTONG – Kerajaan bimbang dengan trend terkini semakin ramai penduduk negara ini termasuk kanak-kanak dan remaja dikesan mengalami penyakit berkaitan psikiatri. Lebih membimbangkan ialah salah satu punca kepada fenomena tersebut ada kaitan dengan tekanan yang dihadapi golongan tersebut ketika menghadapi peperiksaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, persaingan era global serta gaya hidup yang mencabar turut menyebabkan masyarakat di negara ini terdedah kepada masalah tersebut. Beliau menegaskan, kebimbangan itu berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan sejak lima tahun lalu yang mendapati 11.2 peratus penduduk berusia 18 tahun ke atas mengalami masalah itu. Sehubungan itu, beliau meminta rakyat Malaysia memberi perhatian serius dalam mengamalkan gaya hidup sihat bukan sahaja dari segi pengambilan makanan bahkan kesihatan minda.

“Senario bilangan mereka yang menghadapi tekanan berkaitan psikiatri ini mengalami peningkatan dari tahun ke tahun.

“Malah, berdasarkan data sedia ada, sebanyak 20.3 peratus kanak-kanak dan remaja berusia antara lima dan 15 tahun mengalami masalah serupa.

“Kita bimbang statistik ini akan meningkat,” katanya selepas majlis perasmian Fiesta Jom Sihat di Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan (SMTTAA) di sini semalam.

P/S Sekarang baru tahu antara sebab UPSR dan PMR nak dimansuhkan sebab ramai murid tertekan sebab dek peperiksaan
!
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
ORANG TERTEKAN JIWA MAKIN RAMAI
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Drogba, Robben resah masa makin suntuk
» Filem Jiwa Taiko Kurang sambutan?
» Sejarah Hitler yang tak ramai tahu
» Blogger lucah, seks bebas, gay, lesbian semakin ramai
» Remaja Perempuan Dirogol Beramai-ramai oleh kenalan Facebook

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: