KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Robinho ledak dua gol atasi Tanzania

Go down 
AuthorMessage
cha_syah

cha_syah


Posts : 23
DUIT gempakZ : 64
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-26

Robinho ledak dua gol atasi Tanzania Empty
PostSubject: Robinho ledak dua gol atasi Tanzania   Robinho ledak dua gol atasi Tanzania EmptyWed Jun 09, 2010 3:00 pm

DAR ES SALAAM: Brazil yang beraksi dalam perlawanan pemanas badan bagi memudahkan usaha merangkul kejuaraan Piala Dunia kali keenam, tidak berdepan masalah menewaskan Tanzania 5-1 di Dar Es Salaam, kelmarin, dengan Robinho menjaringkan dua gol.

Robinho, yang menghabiskan separuh musim lalu bersama pasukan Santos selepas kurang berpuas hati dengan Manchester City, membuka tirai jaringan pada minit ke-10 dan menemui gawang sekali lagi pada minit ke-33. Perancang Real Madrid, Kaka menjaringkan gol keempat selepas 76 minit - pemain bintang Benfica, Ramires menjadikan kedudukan 3-0 selepas rehat dan gol kelima untuk skuad Dunga itu pada masa kecederaan. “Ada sesuatu yang tampak kurang. Tapi kami masih ada tempoh seminggu lagi sebelum perlawanan pembukaan dan harus dapat mengemaskan corak permainan kami,” kata Kaka yang hadir di gelanggang dengan kecederaan paha.

Pemain Tanzania, Aziz menanduk masuk gol sagu hati, empat minit sebelum permainan tamat buat pasukan tuan rumah yang menduduki ranking ke-108 dunia.

Perlawanan itu adalah pemanas badan terakhir Brazil selepas menewaskan Zimbabwe 3-0 minggu lalu. Pada pusingan akhir Afrika Selatan 2010, Brazil beraksi dalam Kumpulan G bersama-sama Korea Utara, Ivory Coast dan Portugal. – AFP

sumber: http://forum.cari.com.my/news/bh/readmore.php?article=RobinholedakduagolatasiTanzania/Article
Back to top Go down
 
Robinho ledak dua gol atasi Tanzania
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Perut Boroi: cara nak atasi

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: BOLA, SUKAN & PERMAINAN-
Jump to: