KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Ziana Zain di Opening SUKMA 2010

Go down 
AuthorMessage
cha_syah

cha_syah


Posts : 23
DUIT gempakZ : 64
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-26

Ziana Zain di Opening SUKMA 2010 Empty
PostSubject: Ziana Zain di Opening SUKMA 2010   Ziana Zain di Opening SUKMA 2010 EmptyFri Jun 11, 2010 5:18 pm

Ziana Zain di Opening SUKMA 2010 Aazianaanak1
Kepada semua peminat Ziana Zain, nantikan kemunculan artis hebat ini di konsert pembukaan SUKMA 2010 di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 12 Jun 2010.
Artis gegar Sukma

DIAM tak diam, Sukan Malaysia atau Sukma kembali dan tahun ini menyaksikan negeri Melaka terpilih sebagai tuan rumah. Dijadualkan berlangsung selama 10 hari bermula 10 Jun ini, pastinya acara sukan yang sebelum ini diadakan secara dwi tahunan itu cukup dinanti-nantikan oleh peminat sukan di negara ini.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan Sukma tahun ini, pelbagai agenda telah diaturkan khusus untuk menghiburkan hadirin yang akan berkunjung ke Melaka untuk menonton acara sukan itu nanti. Pastinya, tidak lengkap sambutan Sukma tanpa acara hiburan yang menjadi agenda utama setiap kali menjelangnya Sukma.
Untuk acara pembukaan Sukma yang akan berlangsung pada 12 Jun ini,barisan artis yang terlibat dalam menghiburkan tetamu kesemuanya merupakan mereka yang terbaik dalam industri seni suara negara.

Bertempat di Stadium Hang Jebat, Melaka, acara pembukaan itu nanti akan diserikan dengan persembahan oleh Ziana Zain, Jamal Abdillah, Bunkface, Rabbani dan juga kumpulan Putra. Tidak ketinggalan, penyanyi yang cukup sinonim dengan lagu asli, Datuk Andre Goh juga akan menghiburkan penonton dengan alunan gemersik suaranya. Bagi peminat bekas finalis Akademi Fantasia musim keempat, Haziq, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menonton persembahannya.

Selain itu, penghibur yang terkenal dengan jolokan Sudirman Melaka,Kenny Lee juga akan membuat persembahan di samping Datin Seri Manimala dan finalis Bintang Asli Remaja Kebangsaan, Zarith Suhada.
Sementara itu, artis-artis yang akan membuat persembahan untuk acara penutup pada 19 Jun di lokasi yang sama juga tidak kurang hebatnya. Pada acara yang akan bermula pada pukul 6 petang itu nanti, peminat pastinya tidak sabar untuk menonton persembahan oleh artis baru dan lama tanah air. Mereka yang dimaksudkan ialah Meet Uncle Hussain, Black, Hazama,Azlan & The Typewriter dan kumpulan nasyid popular, Saujana.

Penyanyi berkulit hitam manis, Dayang Nurfaizah juga tidak ketinggalan membuat persembahan pada malam itu nanti di samping DatukM. Daud Kilau, Bob, Fazli Zainal, Karen Tan dan Manivanan. Bagi penduduk Melaka dan peminat penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Bila Rindu Ku Sebut Namamu, Siti Fairuz, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menonton persembahannya.

Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0610&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm
Back to top Go down
 
Ziana Zain di Opening SUKMA 2010
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Pawana - Ziana Zain
» Gambar Ziana Zain sebagai Pramugari
» Thalia - Protege Ziana zain akhirnya kene buang
» Mentor: "Ziana Zain menang atau Kalah orang tetap akan mengata"
» Mentor 4: ZIANA AMBIL PROTEGE BARU

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: