KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 WCOPA iktiraf bakat, muzik tempatan

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

WCOPA iktiraf bakat, muzik tempatan Empty
PostSubject: WCOPA iktiraf bakat, muzik tempatan   WCOPA iktiraf bakat, muzik tempatan EmptySun Jun 20, 2010 1:17 pm

WCOPA iktiraf bakat, muzik tempatan

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my

MISI untuk melakukan yang terbaik oleh para peserta yang mewakili negara ke pertandingan World Championship Of Performing Arts (WCOPA) ke-13 di Los Angeles, Amerika Syarikat yang berlangsung selama sembilan hari bermula 11 Julai lalu bukan sekadar pukul canang.

Kesungguhan seramai 22 wakil negara termasuk dua penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin dan Yusrizan Usop atau Bob ternyata berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia apabila berjaya 'merampas' sebanyak 59 pingat iaitu 38 emas, 16 perak dan lima gangsa.

Lebih manis, pada pertandingan tersebut buat pertama kalinya nama negara dijulang sebagai juara dunia (Grand World Champion) kategori tarian yang diwakili oleh Artistana.

Berbanding tahun lalu, pertandingan yang turut disertai oleh 26 negara lain di seluruh dunia itu, kali ini mencatat keputusan yang lebih memberangsangkan dengan melebihi jumlah sasaran, 30 pingat emas.

Pasukan negara diketuai oleh Datuk Mohammed Mohd. Daud yang merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan Malaysia.

Mengulas mengenai kejayaan pasukan negara pada pertandingan itu, Mohammed yang ditemui di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini memberitahu seperti tahun lalu, habuan bakal diberikan kepada peserta yang cemerlang pada pertandingan tersebut.

"Sama ada mereka memperoleh emas, perak ataupun gangsa tetap akan mendapat habuan masing-masing. Bagaimanapun, jumlahnya bakal diputuskan oleh jemaah menteri kelak," katanya.

Biarpun berjaya mengangkat bakat dan karya tempatan ke satu tahap yang lebih tinggi, namun, masih tidak terlepas dari tanggapan sesetengah pihak bahawa kemenangan menjadi lebih mudah kerana penarikan diri lebih 30 buah negara berikutan penularan wabak H1N1.

Menyangkal dakwaan tersebut, kata Mohammed, terdapat tujuh kategori gagal dimanfaatkan oleh peserta negara dengan sebarang pingat.

"Ini menunjukkan kemenangan peserta negara bukannya mudah. Persaingan antara peserta negara dengan peserta yang diwakili oleh peserta negara lain begitu sengit.

"Walaupun daripada 61 jumlah negara yang telah mengesahkan bertanding, 34 daripadanya menarik diri, namun sebanyak tujuh kategori yang disertai pasukan negara gagal memperoleh sebarang pingat," katanya.

Tujuh kategori yang dimaksudkan ialah vokal menerusi kategori pop dan broadway / muzikal (Siti Sarah), world music dan terbuka (Raja Farah), model menerusi kategori kasual (Siti Nurizana) serta lakonan menerusi dua kategori kontemporari dan drama (Putri Mardiana).

Kisah kejayaan Bob, Siti Sarah

Berbanding 20 peserta lain yang bertanding, dua peserta yang melayakkan diri ke pertandingan WCOPA iaitu Bob dan Siti Sarah begitu mendapat perhatian peminat muzik tempatan.

Segalanya kerana mereka merupakan nama yang cukup dikenali di arena seni suara tempatan.

Berbakat besar dan mempunyai vokal yang tidak mampu dinafikan lagi kehebatannya.

Bertemu dua penyanyi itu pada sidang media yang berlangsung di Istana budaya sekembalinya mereka dari pertandingan tersebut, masing-masing mempunyai cerita tersendiri untuk dikongsi bersama peminat mereka.

Penyanyi yang dicungkil bakat menerusi pertandingan realiti Akademi Fantasia musim kedua (AF2), iaitu Bob berjaya membuktikan bakat kelahiran program realiti juga bisa memahat kecemerlangan di peringkat antarabangsa.

Bukan satu pingat yang diraihnya sepanjang berlangsungnya acara tersebut.

Malah, dalam tujuh kategori vokal yang disertainya iaitu lima kategori solo termasuk pop, kontemporari, R&B / jazz, world music dan terbuka serta dua kategori vokal duet bersama Siti Sarah dan Norhasmidar, Bob meraih lima emas dan dua perak.

Bukan itu sahaja, vokal anak jati Sarawak berusia 28 tahun itu turut diiktiraf apabila berjaya memenangi tiga gelaran juara dunia (World Champion) bagi kategori vokal kontemporari, terbuka dan terbuka (duet bersama Norhasmidar).

Menganggap kemenangan tersebut sebagai yang paling manis buatnya sepanjang bergelar artis, kepuasan bertanding di pentas dunia itu berganda kerana melihat sendiri lagu-lagu Melayu karya pemuzik tempatan diterima malah mendapat pujian masyarakat luar.

"Walaupun hasrat saya untuk memenangi semua emas, tetapi saya tetap puas hati dengan lima emas yang saya perolehi dan apa yang mengejutkan saya ialah saya berjaya memperoleh World Champion untuk tiga kategori.

Pitam

"Satu yang saya tidak boleh lupakan ketika menyanyikan lagu Zapin Beradat. Mereka memberi tepukan gemuruh dan sempat bertanya adakah itu merupakan muzik dari negara ini.

"Walaupun sedikit kelam kabut kerana pertandingan antara kategori hanya selang beberapa minit tetapi saya sudah buat yang terbaik," kata Bob menceritakan pengalamannya.

Penyanyi genit, Siti Sarah pula berjaya memperoleh dua emas dan dua perak menerusi enam kategori yang disertainya.

Seperti Bob yang teruja dengan penerimaan masyarakat luar terhadap karya tempatan, menurut Siti Sarah, ketika ke festival jazz yang diadakan di sana, peserta-peserta negara turut mengadakan persembahan.

"Saya agak terkejut apabila masyarakat di sana malah, mereka di kalangan kulit hitam menerima muzik tempatan sebaiknya.

"Melihatkan penerimaan daripada masyarakat luar, saya rasa banyak bakat kita yang perlu di bawa keluar cuma perlu bertemu dengan agen yang betul untuk mencari peluang," katanya.

Berbalik kepada pertandingan, kata anak kepada pelakon Raissuddin Hamzah itu, dia tidak terlepas daripada mengalami detik-detik cemas ketika bertanding.

"Ketika saya nak menyanyikan lagu broadway, cakera padat yang saya bawa tidak boleh diputar. Kelam kabut juga saya masa itu, nak tak nak terpaksa tukar lagu kepada lagu Jelingan Manja.

"Satu lagi, ketika nak menyanyikan lagu untuk kategori ketiga, saya pitam sebab tak sempat nak makan. Walaupun badan menggigil, saya gagahkan juga diri untuk naik ke pentas meneruskan pertandingan.

"Tak sangka pula boleh menang dan dapat pingat emas," kata penyampai lagu Kesetiaan itu.

Bercerita tentang pengalamannya menyertai pertandingan tersebut, kata Siti Sarah, pelbagai perkara termasuk cara bekerja dan menguruskan diri dengan betul dipelajari menerusi kursus-kursus yang disediakan beberapa hari sebelum memulakan pertandingan.

Malah, kata Siti Sarah lagi, dia menerima tiga tawaran daripada agen-agen artis di sana.
Back to top Go down
 
WCOPA iktiraf bakat, muzik tempatan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» separuh akhir 2011 muzik muzik, juara lagu
» TOP 5 Muzik Muzik Separuh AKhir Saringan 1
» Bakat Terpendam seorang awek
» Bakat Nyanyian Hebat - Azim 3VOD
» Anuar Zain: Bakat Seni Suara yang mengagumkan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: