KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 separuh akhir 2011 muzik muzik, juara lagu

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

separuh akhir 2011 muzik muzik, juara lagu Empty
PostSubject: separuh akhir 2011 muzik muzik, juara lagu   separuh akhir 2011 muzik muzik, juara lagu EmptyFri Oct 28, 2011 4:03 pm

Pentas MUZIK MUZIK 26 Separuh Akhir bakal menjadi tempat persaingan bagi 30 buah lagu daripada pelbagai genre dalam tiga pusingan separuh akhir yang akan bermula pada 18 November, setiap Jumaat jam 9.00malam.

Mencecah usia 26 tahun penganjurannya, perjalanan muzikal hebat program hiburan terulung TV3, Muzik Muzik telah sekian lama meledakkan gelombang revolusi di dalam industri muzik tanah air! Masih kekal dengan konsep ‘persembahan konsert’, program ini menampilkan artis dan lagu yang bertanding dalam episod mingguan.

Antara penyanyi yang bakal berentap termasuk Aizat, Alyah, Meet Uncle Hussein, trio Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, trio Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah, kumpulan Hujan, Faizal Tahir, Atilia & Monoloque dan Yuna. Yuna dan Noh Hujan masing-masing mempertaruhkan dua lagu iaitu Penakut dan Gadis Semasa, manakala Noh dengan lagu Kurnia nyanyiannya bersama isteri, Mizz Nina dan Muda bersama kumpulan Hujan.

Menariknya persaingan tahun ini apabila dua trio iaitu Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet serta Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah bakal berentap membawakan lagu masing-masing iaitu Kalau Berpacaran dan Beribu Sesalan. Persaingan kali ini turut menyaksikan artis muka baru antaranya Shiha, Najwa Latif, Iqa dan Salma.

Lagu oleh Penyanyi, (Komposer/Penulis Lirik)
1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
2. Janji oleh Akim (Akim/Akim)
3. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
4. Menyesal oleh Sixth Sense (Gjie/Sixthsense)
5. Maaf Dari Hati oleh Sofazr (Mohd Atlas/Mohd Atlas)
6. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
7. Bagaikan Bidadari oleh Tomok (Aubrey Suwito/Tomok)
8. Babak Pertama oleh Drama (Ammar Habir/Aepul)
9. Perpisahan Ini oleh 1st Edition feat. Aizat (Erol 1st Edition/Jijo 1st Edition)
10. Ilusi oleh Adira (Audi Mok/Audi Mok)
11. Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat. Nubhan (Taja/Tun Teja)
12. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
13. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
14. Muda oleh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
15. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
16. Kurnia oleh Mizz Nina & Noh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
17. Luar Biasa oleh Shahir (Audi Mok/Zelfirdaus)
18. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
19. Mata Hati oleh Nubhan (Audi Mok/Audi Mok)
20. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
21. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
22. Cinta Matiku oleh Sixth Sense (Sixth Sense/Sixth Sense)
23. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
24. Kisah Dongeng oleh Stacy (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
25. Aku Permata oelh Salma (Taja/Tun Teja)
26. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
27. Di Penghujungnya oleh Iqa (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
28. Cinta Teragung oleh Hazama (Kuncidemak/Kuncidemak)
29. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
30. Bila Bertemumu oleh Shiha (Ajai/Ajai)

MUZIK MUZIK 26 Separuh Akhir bakal berlangsung pada 18 November, 25 November dan 2 Disember di Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan disiarkan secara langsung di saluran TV3 mulai pukul 9 malam.
Back to top Go down
 
separuh akhir 2011 muzik muzik, juara lagu
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» TOP 5 Muzik Muzik Separuh AKhir Saringan 1
» Anuar Zain tidak sertai Juara Lagu 2011 - Sedetik Lebih
» Ulasan awal Anugerah juara lagu ke-25
» Juara lagu 25 milik Ana Rafali - Tolong ingatkan aku
» Ulasan tentang Kemenangan Ana Rafali di Anugerah Juara Lagu 25

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: