KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Ulasan tentang Kemenangan Ana Rafali di Anugerah Juara Lagu 25

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Ulasan tentang Kemenangan Ana Rafali di Anugerah Juara Lagu 25 Empty
PostSubject: Ulasan tentang Kemenangan Ana Rafali di Anugerah Juara Lagu 25   Ulasan tentang Kemenangan Ana Rafali di Anugerah Juara Lagu 25 EmptyMon Jan 10, 2011 9:08 pm

Ulasan tentang Kemenangan Ana Rafali di Anugerah Juara Lagu 25 Mnasirizhamomar

Hye semua... Pingu nak juga ulas satu topik yang meletup sana sini. Apa lagi bukan tentang AJL 25 malam tadi tumpuannya kepada kemenangan Ana Rafali, iaitu seorang pendatang baru dalam Industri Muzik tanah air yang bagaikan tidak ramai yang menyedarinya.

Malam tadi memperlihatkan Ana Rafali sebagai pemenang utama Anugerah tersebut. Saya pasti hampir keseluruhan penonton terkejut dan juga terkedu. Saya difahamkan Ana Rafali merupakan satu-satunya pemenang yang kene "BOOOOOO" sepanjang Anugerah juara lagu berlangsung. Ada juga yang gagal mengawal emosi sehingga membaling kerusi. Sangat memalukan kerana Hal ini berlaku. Pada pendapat saya, Anaq Rafali layak menjadi juara, walaupun saya tidak pernah menjangka dia akan membawa balik apa-apa kemenangan pada malam tersebut. Ini kerana saya tidak pernah membuka mata saya untuk melihat bakat dia. Sekarang barulah saya sedar betapa berbakatnya gadis kecil bernama Ana Rafali ini.

Dari segi lagu, melodi lagu ini simple tetapi cukup indah dan lirik lagu ini cukup kuat. Saya berani katakan lirik lagu ini benar-benar menggunakan high level dalam bahasa melayu. Maknanya cukup mendalam dan dilontarkan secara sangat jujur dan ikhlas. Ana Rafali berada pada landasan yang betul dalam membikin lagu ini. Mungkin bezanya Ana Rafali tidaklah memiliki pesona seperti Yuna. itu sebabnya bakatnya tidak disedari ramai pihak.

Dalam sidang media selepas itu, M. Nasir selaku ketua juri telah menjawab tentang kemenangan yang diberikan kepada ana Rafali. Beliau menjelaskan:

"lagu Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali merupakan cutting edge untuk perkembangan industri muzik, kemenangannya satu titik pembaharuan. Liriknya jujur, satu ekspresi daripada Ana Raffali selaku pencipta lagu tersebut."

Izham Omar pula yang merupakan orang kuat media prima mengatakan:

"orang ramai harus menghormati keputusan para juri kerana mereka lebih berpengalaman, dan tahu selok-belok dunia seni ini."

Ana Rafali yang merupakan penyanyi, pencipta lagu dan penulis lirik lagu tersebut menjelaskan bahawa:

"saya memang berharap lagu Tolong Ingatkan Aku menang di AJL 25, dan merasakan lagu itu dicipta pada landasan yang telus dan betul."

Saya pasti Ana Rafali juga tidak menyangka kemenangannya pada malam tersebut walaupun dia cukup berharap. Apa-apapun tahniah yer buat Ana Rafali. Saya sudahi coretan saya dengan lirik lagu Ana Rafali- Tolong ingatkan aku.. mari kita sama-sama menghayatinya.

Ana Rafali - Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari

Chorus
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Ulang Chorus

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Back to top Go down
 
Ulasan tentang Kemenangan Ana Rafali di Anugerah Juara Lagu 25
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Ulasan awal Anugerah juara lagu ke-25
» Juara lagu 25 milik Ana Rafali - Tolong ingatkan aku
» Anuar Zain tidak sertai Juara Lagu 2011 - Sedetik Lebih
» separuh akhir 2011 muzik muzik, juara lagu
» Lirik Lagu Bawaku Pergi penyebab lagu bakal di band?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: