KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Kasut penjana kuasa membekalkan tenaga kepada pendaki

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Kasut penjana kuasa membekalkan tenaga kepada pendaki Empty
PostSubject: Kasut penjana kuasa membekalkan tenaga kepada pendaki   Kasut penjana kuasa membekalkan tenaga kepada pendaki EmptyTue Jun 22, 2010 2:08 pm

Kasut penjana kuasa membekalkan tenaga kepada pendaki 100426113137
Gambar menunjukkan kasut buatan Dr. Ville Kaajakari

Dr Ville Kaajakari, assoc. prof kejuruteraan elektrik di Louisiana Tech University telah mengkhususkan teknologi kejuruteraan dengan penciptaan kasut penjana kuasa, dibantu generator kecil yang diletakkan pada telapak kasut tersebut.

Kaajakari's innovative technology, diperkembangkan di Louisiana Tech Institute untuk Micromanufacturing (IFM), berdasarkan pada konsep litar tertutup voltan yang menukarkan cas piezoelektrik kepada voltan yang biasanya digunapakai untuk mengecas bateri atau membekalkan tenaga kepada perkakas elektronik.

"Teknologi ini amat bermanfaat, misalnya, kepada pendaki gunung yang memerlukan alatan kecemasan atau beacon," kata Kaajakari. "Untuk kegunaan yang lebih umum, anda boleh menggunakannya untuk mengecas peralatan elektrik tanpa pembaziran tenaga dari bateri."

Teknologi yang sedang dipaparkan secara langsung oleh MEMS Investor Journal. MEMS adalah perkakas yang kecil lagi "pintar" yang menggabungkan cip komputer dengan mikro-komponen seperti sensor, gear, flow-channels, cermin dan actuators. MEMS Investor Jurnal adalah jurnal penerbitan yang bebas menyediakan segala rencana pelaburan profesional melibatkan industri mekanik mikro elektro (MEMS) industri terkini.

Menurut artikel tersebut, penjanaan tenaga adalah cara terbaik dan berkesan untuk menghidupkan sensor MEMS dan perkakas carian seperti GPS. Namun, kekuatan teknologi penjanaan ini sering gagal melibatkan kuasa output yang dijana kerana kebanyakkan perkakas elektrik dewasa ini memerlukan tahap kuasa yang sangat tinggi.

Penemuan hebat Kaajakari yang menggunakan polimer transduser (perkakas elektrik yang menukar dari satu tenaga ke tenaga lain) yang berkos rendah, dan di permukaannya telah dibaluti oleh logam untuk pengaliran elektrik. Tidak seperti seramik transduser, generator polimer ini lebih lembut dan kuat, sepadan dengan sifat ketahanan kasut biasa. Ia secara tidak langsung menggantikan peranan tumit sebagai penyerap getaran tanpa menyebabkan pengguna terasa kehilangan deria tersebut.

Selain daripada "running sensor" dan inertia, kasut buatan Kaajakari juga boleh digunakan untuk menjana RF transponder dan penerimaan gelombang GPS.

"Dalam pada itu, kami ingin mengembangkan teknologi ini sampai pada satu tahap, selain sensor, ia boleh digunakan untuk menjana tenaga bagi perkakas bergerak seperti telefon bimbit"

Kasut penjana kuasa membekalkan tenaga kepada pendaki Kaajakari
Dr. Ville Kaajakari

Sumber: Louisiana Tech University (2010, April 27). Shoe power generator, embedded in the sole of a shoe, harvest energy. ScienceDaily. Retrieved May 5, 2010, from http://www.sciencedaily.comm
Back to top Go down
 
Kasut penjana kuasa membekalkan tenaga kepada pendaki
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Saintis Cadang Teknologi Kuasa Angin
» Makanan peningkat tenaga batin
» Artis suntik tenaga, glamor
» Bahaya memakai kasut tumit tinggi
» Sorok dadah dalam kasut tumit tinggi

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN ILMU :: TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN & MATEMATIK-
Jump to: