KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Saintis Cadang Teknologi Kuasa Angin

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Saintis Cadang Teknologi Kuasa Angin Empty
PostSubject: Saintis Cadang Teknologi Kuasa Angin   Saintis Cadang Teknologi Kuasa Angin EmptyTue Jun 22, 2010 1:14 pm

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Seorang saintis Selasa mencadangkansupaya teknologi kuasa angin digunakan sebagai sumber alternatif untukmenjana elektrik di negara ini.

Felo utama Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) UniversitiKebangsaan Malaysia Dr Mohamad Yusof Sulaiman berkata teknologi itubelum diterokai dan menjadi antara alternatif berpotensi sebelumteknologi nuklear digunakan menjelang 2021.

"Teknologi menjana elektrik menggunakan kuasa angin ditengah-tengah laut mampu menjana elektrik dengan banyak seperti lojinuklear. Ia juga lebih kompetitif jika dibandingkan dengan kuasasolar," katanya kepada Bernama Selasa ketika diminta mengulas hasratkerajaan membina loji nuklear pada 2021 bagi menjamin bekalan elektrikdi negara ini mencukupi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pernah meminta semuapihak untuk memberikan pandangan mereka terutama cadangan mengenaisumber tenaga lain sebelum teknologi nuklear diguna pakai.

Tanpa mengetepikan fakta bahawa teknologi nuklear adalah palingkompetitif untuk menjana elektrik pada ketika ini, Mohamad Yusofberkata tenaga nuklear sepatutnya menjadi pilihan terakhir bagimana-mana negara.

Beliau berkata teknologi menggunakan kuasa angin yang dibina ditengah-tengah laut seperti di Laut China Selatan yang mempunyai tiupanangin yang kuat boleh menjana elektrik sehingga dua megawatt.

"Kos elektrik dihasilkan juga tidak setinggi berbanding koselektrik dijana mengggunakan kuasa solar," katanya sambil menjelaskanbahawa kos elektrik dijana kuasa angin adalah tiga kali ganda lebihmurah berbanding kos sama dijana kuasa solar.

Mengenai hasrat kerajaan menggunakan teknologi nuklear, MohamadYusof berkata keputusan itu perlu dilakukan secara telus selepaskerajaan menimbang sumber tenaga boleh diperbaharui seperti biomas,tenaga solar, hidro dan angin.

Ketika ini lebih 80 peratus daripada tenaga elektrik di Malaysiadijana menggunakan gas dan arang yang semakin kurang bekalannya selaintidak mesra alam, dengan selebihnya menggunakan sumber hidro dan biomas.

-- BERNAMA

satu cadangan yang baik...terutama aplikasi dari kawasan pantai utama di Malaysia
Back to top Go down
 
Saintis Cadang Teknologi Kuasa Angin
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Saintis Cipta Hujan di Gurun?
» Kasut penjana kuasa membekalkan tenaga kepada pendaki
» Itik Universiti Teknologi Malaysia
» Universiti Teknologi Malaysia - Fakulti Sains (FS)
» 10 perkara berkaitan teknologi paling mendapat perhatian 2011

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN ILMU :: TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN & MATEMATIK-
Jump to: