KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Saintis Cipta Hujan di Gurun?

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Saintis Cipta Hujan di Gurun? Empty
PostSubject: Saintis Cipta Hujan di Gurun?   Saintis Cipta Hujan di Gurun? EmptyThu Jan 06, 2011 1:25 am

Saintis Cipta Hujan di Gurun? Du_041

DUBAI - Sekumpulan saintis berjaya menghasilkan kira-kira 50 hujan lebat di rantau Al-Ain, Abu Dhabi pada tahun lalu dengan menggunakan teknologi ion, lapor sebuah akhbar semalam.

Para saintis tersebut dilantik oleh Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan untuk melaksanakan projek rahsia itu.

Kebanyakan hujan lebat itu berlaku semasa kemuncak musim panas iaitu pada bulan Julai dan Ogos.

Semasa hujan itu turun pada tahun lalu, penduduk bingung dengan kehadiran hujan lebat tersebut yang kadangkala diikuti dengan ribut petir.

Para saintis ini menggunakan pengion gergasi berbentuk seperti terendak lampu yang dipasang pada batang-batang besi untuk menjana medan partikel bercaj negatif yang dipanggil elektron.

Keadaan ini menggalakkan pembentukan awan dan diharap dapat menghasilkan hujan.

Dalam satu video rahsia, pengasas syarikat Switzerland yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut, Metro Systems International mengakui usaha itu akhirnya membuahkan kejayaan.

"Kami berjaya menghasilkan hujan," kata pengasas Metro Systems International, Helmut Fluhrer.

Pada bulan Jun lalu, Metro Systems telah membina lima tapak pengionan yang setiap satu mengandungi 20 pemancar.

Pemancar itu mampu menghantar bertrilion-trilion ion yang membentuk awan ke atmosfera.

Menurut akhbar Sunday Times, sistem itu dipercayai berjaya menghasilkan hujan buat pertama kalinya.

Projek untuk mencipta hujan itu dipercayai melibatkan kos £7 juta (RM33.21 juta). - Agensi
Back to top Go down
 
Saintis Cipta Hujan di Gurun?
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Saintis Cadang Teknologi Kuasa Angin
» AIM 17 Cipta Rekod Pencalonan Terbanyak
» USM cipta plastik daripada kulit buah
» Hujan Iringi PM Terbang Awal
» kebolehan katak panggil Hujan?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN ILMU :: SAINS & KAJIAN ALAM-
Jump to: