KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 USM cipta plastik daripada kulit buah

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

USM cipta plastik daripada kulit buah Empty
PostSubject: USM cipta plastik daripada kulit buah   USM cipta plastik daripada kulit buah EmptyTue Jun 22, 2010 12:43 pm

USM cipta plastik daripada kulit buah
Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

USM cipta plastik daripada kulit buah Ne_02.1
HANAFI (tengah), Noor Aziah (kiri)dan Zhang Xian menunjukkan plastik Fruitplast yang diperbuat daripada kulit buah di George Town semalam.

GEORGE TOWN - Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi tampil dengan inovasi terkini apabila sekumpulan tiga penyelidiknya berjaya menghasilkan plastik mesra alam menggunakan konsep teknologi hijau bagi menggantikan plastik yang tidak boleh terurai untuk kegunaanpembungkusan.

Kumpulan penyelidik itu diketuai oleh Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Prof. Dr. Hanafi Ismail dengan dibantu oleh Prof. Madya Dr. Noor Aziah Abdul Aziz dan Ooi Zhang Xian dari Bahagian Sains dan Teknologi Makanan Pusat Pengajian Teknologi Industri USM.

Menurut Hanafi, plastik yang mampu terurai itu dihasilkan daripada bahan buangan buah-buahan tropika seperti kulit pisang, kulit rambutan dan kulit serta jerami buah cempedak.

"Pada masa ini, kebanyakan plastik komersial dibuat daripada petroleum dan gas asli yang tidak boleh terurai.
"Idea kami adalah untuk menyelesaikan masalah alam sekitar yang disebabkan oleh petroleum berasaskan polimer yang lengai dengan serangan mikro organisme dan tidak terurai," katanya pada sidang akhbar memperkenalkan produk berkenaan yang dinamakan Fruitplast di sini semalam.

Katanya, proses menghasilkan Fruitplast mengambil masa seminggu untuk menukarkan sisa buah-buahan menjadi lapisan plastik.

Sumber : kosmo online
Back to top Go down
 
USM cipta plastik daripada kulit buah
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Dewan diperbuat daripada Plastik
» Saintis Cipta Hujan di Gurun?
» AIM 17 Cipta Rekod Pencalonan Terbanyak
» TIPS KESIHATAN KULIT
» Bawa anak guna beg plastik

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN ILMU :: TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN & MATEMATIK-
Jump to: