KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 AIM 17 Cipta Rekod Pencalonan Terbanyak

Go down 
AuthorMessage
cha_syah

cha_syah


Posts : 23
DUIT gempakZ : 64
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-26

AIM 17 Cipta Rekod Pencalonan Terbanyak Empty
PostSubject: AIM 17 Cipta Rekod Pencalonan Terbanyak   AIM 17 Cipta Rekod Pencalonan Terbanyak EmptyWed May 26, 2010 8:12 pm

Oleh: Haswari Ali

AIM 17 Cipta Rekod Pencalonan Terbanyak 3182010_aim2010(a)

Teks Oleh Haswari Ali
Foto Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2010: Buat pertama kali dalam sejarah, penganjuran Anugerah Industri Muzik Ke-17 (AIM17) yang mengiktiraf hasil karya muzik tempatan ini telah mencatatkan 925 jumlah pencalonan terbanyak sejak ianya mula diperkenalkan.

Menerusi perubahan yang cukup memberangsangkan ini, ia sekaligus telah menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 30 peratus, jika dibandingkan dengan tahun lalu.

Pengerusi Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia, Dato' Aziz Bakar dalam ucapannya ketika sidang media pengumuman finalis anugerah berkenaan berkata, peningkatan ketara juga dapat dilihat menerusi pencalonan 12 kategori muzik single yang mula diperkenalkan sejak tahun lalu.

“Walaupun pencalonan yang kita dapat tahun ini banyak, tetapi kualiti lagu atau album yang kita terima masih dalam tahap yang sama.

“Sebab tak ramai yang melabur untuk melahirkan muzik yang berkualiti. Begitu juga kerana sudah kurangnya penulis serta komposer muzik yang bagus. Sama sekali tidak seperti zaman kegemilangan muzik tempatan pada 10 tahun lalu. Malah rekod paling teruk ialah pada 2008,” katanya pada sidang media berkenaan, petang semalam.

Sidang media turut dihadiri Naib Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM 17, Rosmin Hashim; Pengurus Besar NTV7, Airin Zainul dan Pengarah Eksekutif, Ernst & Young, Wan Daneena Rahman.

AIM 17 akan disiarkan secara langsung pada 2 Mei ini menerusi saluran NTV7, bagaimanapun 4 episod Prelud AIM 17 akan bersiaran pada setiap Khamis bermula 8 April, jam 8.30 malam di saluran yang sama.

Menafikan faktor kelahiran lagu single yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan sebagai dalang permasalahan itu, Aziz berkata permasalahan itu sebenarnya berpaksi kepada kualiti setiap lagu itu sendiri.

Beliau bagaimanapun melahirkan rasa puas hati dengan perkembangan pasaran industri muzik tempatan telah meningkat sebanyak 34% dwengan mencatatkan keuntungan sebanyak RM101.8 juta pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya yang hanya berkisar pada RM76 juta sahaja.

Daripada jumlah itu , pasaran jualan muzik Digital yang merangkumi muat turun nada dering dan Internet telah meningkat sebanyak 50% daripada tahun sebelumnya kepada RM30.2 juta.

Manakala jualan album fizikal yang merangkumi cakera padat (CD), kaset, VCD dan DVD mencatatkan peningkatan sebanyak 28% dengan jumlah RM71.6 juta.

Namun jelasnya, itu bukan bermakna penggiat muzik perlu tersenyum puas, sebaliknya perlu menggunakan seberapa banyak peluang dan kesempatan, selain merubah corak perniagaan dengan menggunakn model yang baru.

“Bagi saya Syarat Wajib Siar utuk lagu-lagu baru tempatan yang disarankan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan adalah sangat-sangat dialu-alukan. Malah kementerian juga telah menyediakan dana sebanyak 200 juta kepada penggiat muzik untuk digunakan sebaiknya,” katanya.

Menyentuh mengenai senarai akhir AIM 17, Aziz berkata tahun ini kebanyakkan pencalonan cenderung kepada muzik dari kelompok pop kerana senario muzik tempatan kala ini banyak didorongi oleh irama pop seperti pop balada dan juga pop etnik.

Malah katanya, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, kali ini tidak ramai penyanyi dari program realiti TV yang menyerlah untuk diletakkan sebagai senarai pencalonan akhir AIM 17.

Berikut adalah senarai 5 finalis bagi 24 kategori yang dipertandingkan.

Artis Baru Terbaik

Azlan & The Typewriter
Bunkface
Prema Yin
Tomok
Yuna

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)

Faizal Tahir (Bercinta)
Hazami (Survivor)
Jamal Abdillah (Tak Hilang Cinta Di Dunia)
Riz (Kehilangan Kamu)
Vince Chong (Buah Hati)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)

Dato Siti Nurhaliza (Ku Percaya Ada Cinta)
Dayang Nurfaizah (Hilang)
Jaclyn Victor (Bertamu Di Kalbu)
Juwita Suwito (Sejak Hadirmu)
Yuna (Dan Sebenarnya)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu

Dato Siti Nurhaliza & Kris Dayanti (Amarah)
DJ Fuzz & Malique feat Salam (Cerita Kedai Kopi)
InTeam (Allahu Rabbi)
Rabbani (Kejora Sinar Zaman)
Ruffedge (Pemuja Dari Jauh)

Kulit Album Terbaik

Sarah Joan Mokhtar (To Prevent The Earth From Moving With You – Disagree)
Aida/Nizam Rahmat (Liyana Jasmay – Liyana Jasmay)
Ong Chen Han (All About Rynn – Rynn Lim)
Rewan Ishak (The Great Battle – Sevencollar T-Shirt)
Anthony Ho (Kronologi Cinta – Vince Chong)

Rakaman Album Terbaik

Akasha (Into…Akasha)
Ayu (Inspirasi)
Dayang Nurfaizah (Dayang Live)
Hattan (Inderawala)
Prema Yin (Eyo Eyo)

Video Muzik Terbaik

Fiqir-Fiqir (Ahli Fiqir)
Haley (Disagree)
Osaka (Disagree)
Oh! Sizuka (Pop Shuvit)
Eyo Eyo (Prema Yin)

Lagu Pop Etnik Terbaik

Dusta Berkalang (Aiman)
Penangan Rindu (Ghazal)
Barangkali (Mawi)
Enjut (Noraniza Idris)
Inang Anak Perantau (Saujana)

Album Nasyid Terbaik

Syukran (Hafiz Hamidun)
Allahu Rabbi (InTeam)
Suatu Perjalanan (Marjan)
Mahabbah ( Rabbani)
Nota Cinta (Saujana)


Lagu Nasyid Terbaik

Allahu Rabbi (InTeam)
Dia Muhammad (InTeam)
Kejora Sinar Zaman (Rabbani)
Mahabbah (Rabbani)
Syahadah (Rabbani)

Album Rock Terbaik

Adrenalin (Faizal Tahir)
Rasa (Flop Poppy)
Mencari Konklusi (Hujan)
Prolog 2009 (Maximus)
Rasopariso (XPDC)

Lagu Rock Terbaik

Kelibat Si Penyair (Azlan & The Typewriter)
Situasi (Bunkface)
Bencinta (Faizal Tahir)
Mencari Konklusi (Hujan)
Drama King (Meet Uncle Hussain feat Black)

Album Pop Terbaik

Tahajjud Cinta (Dato Siti Nurhaliza
CTKD (Dato Siti Nurhaliza & Kris Dayanti)
Dayang Live (Dayang Nurfaizah)
Aku Stacy (Stacy)
Kronologi Cinta (Vince Chong)

Lagu Pop Terbaik

Pergi (Aizat)
Masih Jelas (Hafiz)
Permaisuriku (Jay Jay)
Cinta Ada (Karen Kong/Dato Sheila Majid/Jaclyn Victor)
Dan Sebenarnya (Yuna)

Album Hip Hop Terbaik

Irama Berirama (Ahli Fiqir)
Jian (Altimet)
1212 (Colabr8)
K.O. The Mixtape (DJ Fuzz & Malique)
The Turning Point (Point Blanc)

Lagu Hip Hop Terbaik

Chantek (Altimet)
Syukur (Altimet)
Sayang-sayang (Altimet, DJ Fuzz)
Masih Hip Hop (DJ Fuzz & Malique feat Daly & Altimet)
Cerita Kedai Kopi (DJ Fuzz & Malique)

Album Inggeris Tempatan Terbaik

Yeah (Amanda Imani)
To Prevent The Earth From Moving With You (Disagree)
Running (Hazami)
The Turning Point (Point Blanc)
The Great Battle (Sevencollar T-Shirt)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

Prom Queen (Bunkface)
Haley (Disagree)
Osaka (Disagree)
Survivor (Hazami)
Deeper Conversation (Yuna)

Album Cina Tempatan Terbaik

Stardom (Andrew Tan)
One & Only-Jeanie (Jeanie Lee)
I’m Karen (Karen Kong)
All About Rynn (Rynn Lim)
Thomasjack (Thomasjack)

Lagu Cina Tempatan Terbaik

Stardom (Andrew Tan)
Na Han (JK Chen Jia Kai)
Insane (Jovi Theng)
Tian Shan (Karen Kong)
Sunrise (Vinx Lim Yi Xin)

Album India Tempatan Terbaik

Paarthu (Diwan)
SMS (Emergency)
Neethikku Poraatnam (Masta Clan)
Life Is A Mystery (Shruthi)
Saran Z Ennavaley (Saran Z)

Lagu India Tempatan Terbaik

Uyartinthidu Thozha (Jey Raggaveindra, Ashokan, Dr Ombala, Sidhartan, Jegathisan)
Thuli Thuli Mazhai Thuli (Preeta Prasad)
Uyirile Ondrage Kalantida (Sidharthan)
Talattu Paade (Sitharthan)
Megathul (Sivakumar A/L Jayabalan)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara

Teruskanlah (Agnes Monica)
Aku Wanita Biasa (Kris Dayanti)
Madu Tiga (Muhammad Dani)
Terlanjur Cinta (Rossa feat pasha Ungu)
Nuansa Bening (Vidi Aldiano)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu

Aubrey Suwito (Dato Siti Nurhaliza & Kris Dayanti)
Acis (Hafiz)
Aubrey Suwito (Juwita Suwito)
Jenny Chin (Karen Kong/Dato Sheila Majid/Jaclyn Victor)
Greg Henderson (Prema Yin)

sumber: murai.com.my

komen: walaupun pencalonan byk kene ambil kira kualiti.. kenapa album Shila yg best xtercalon? bencinyerrr... berat sebelah betul
Back to top Go down

Back to top Go down
 
AIM 17 Cipta Rekod Pencalonan Terbanyak
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Rekod burger terbesar dunia
» Saintis Cipta Hujan di Gurun?
» USM cipta plastik daripada kulit buah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: