KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Dewan diperbuat daripada Plastik

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Dewan diperbuat daripada Plastik Empty
PostSubject: Dewan diperbuat daripada Plastik   Dewan diperbuat daripada Plastik EmptyTue Jun 22, 2010 6:22 pm

Dewan diperbuat daripada Plastik Du_05.1
GAMBAR menunjukkan bangunan diperbuat daripada botol plastik di Taipei.

TAIPEI - Sebuah dewan pameran setinggi tiga tingkat di sini diperbuat daripada 1.5 juta botol plastik berbanding batu-bata dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung amalan kitar semula.

Bangunan itu yang dinamakan EcoArk berukuran 130 meter panjang dan setinggi 26 meter dibina oleh sebuah syarikat di Taiwan, Kumpulan FarEastern sejak hampir tiga tahun lalu.

Semua botol itu diambil dari tempat pengumpulan sampah dan dikitar semula untuk menjadi bekas plastik yang disusun rapat-rapat dan kukuh bagi menghadapi gegaran gempa bumi.

"Belum pernah ada sesiapa di dunia membina dewan pameran yang diperbuat daripada botol," kata pengarah urusan pemaju proje berkenaan, Arthur Huang.

Huang berkata, pihaknya akan menyumbangkan bangunan itu kepada Dewan Bandar Raya Taipei pada bulan depan untuk dijadikan bahan pameran pada satu pertunjukan bunga-bungaan.

Bangunan lutsinar yang menelan kos AS$4.22 juta (RM13.5 juta) itu dilengkapi sebuah teater kecil, ruang muzium dan skrin air terjun yang berfungsi seperti pendingin hawa. - Reuters
Back to top Go down
 
Dewan diperbuat daripada Plastik
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» USM cipta plastik daripada kulit buah
» Bawa anak guna beg plastik
» Bahan dalam plastik yang wajar diberi perhatian, BPAF
» Ibu tikam bayi lebih daripada lima kali
» Nobody Else - Lagu baru daripada Album inggeris beliau

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN ILMU :: TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN & MATEMATIK-
Jump to: