KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Rakaman Duet Datuk Siti Nurhaliza dan Shahir terpaksa dibuat semula?

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Rakaman Duet Datuk Siti Nurhaliza dan Shahir terpaksa dibuat semula? Empty
PostSubject: Rakaman Duet Datuk Siti Nurhaliza dan Shahir terpaksa dibuat semula?   Rakaman Duet Datuk Siti Nurhaliza dan Shahir terpaksa dibuat semula? EmptyTue Jun 29, 2010 1:27 am

Rakaman Duet Datuk Siti Nurhaliza dan Shahir terpaksa dibuat semula? Hi_06.1
MENYAMPAIKAN lagu duet Ketika Cinta Bertasbih, Shahir berdiri jauh daripada Siti sehingga terpaksa merakamkan semula lagu tersebut.


JUJURNYA, masa orang sibuk bergosip pasal seorang artis baru nama Shahir, Marilyn tertanya-tanya, siapa mamat ni? Mukanya pun Marilyn tak dapat bayangkan macam mana, jauh sekali lagunya. Tapi bila Marilyn kata Marilyn tak kenal siapa Shahir, geng gosip yang duduk di hadapan Marilyn minggu lalu kata Marilyn ni macam katak bawah tempurung. Mereka kata, Shahir ini tengah meletup sekarang lepas jadi juara Akademi Fantasia 8 (AF8) baru-baru ini.

Marilyn kata pada mereka, sorrylah Marilyn memang tak hafal budak-budak AF yang terlalu melambak. Jadi Marilyn memang tak dapat kenal Shahir ke siapa ke.

Cuma yang Marilyn tertarik nak jentik Shahir sikit sebab geng gosip Marilyn meluat dengan prinsip dan peraturan yang dibuat Shahir. Kata mereka, Shahir ni macam nak tiru prinsip Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi yang ada peraturan bila bergambar. Shahir boleh bergambar dengan perempuan, tapi tak boleh mesra. Tak boleh juga bergambar rapat-rapat.

"Kami bukan nak suruh cium ke peluk ke dukung ke. Kami minta gambar mesra dari segi mimik muka saja atau letak tangan atas bahu. Tapi dia tak mahu. Kami hormatlah," kata seorang geng gosip Marilyn yang juga dapat pesanan berjuta kali tak benarkan gambar mesra Shahir dengan artis perempuan dirakamkan.

Dia pun tak nak pakai seluar pendek walaupun di bawah lulut. Ada yang melawak mungkin Shahir tak ada bulu kaki sebab tak nak pakai seluar pendek.

Paling Marilyn kelakar, teman Marilyn yang membuat liputan Rakaman Aidilfitri Lebaran Diva Datuk Siti Nurhaliza yang menjemput Shahir sebagai penyanyi undangan memberitahu rakaman duet Siti dan Shahir terpaksa diulang kerana kedudukan Shahir dan Siti terlalu jauh.

"Sampai Siti terpaksa melawak, Datuk K tak ada di sinilah," kata teman Marilyn.

Tak cukup dengan itu, ada lagi geng gosip Marilyn kata, sewaktu ditanya tentang pendiriannya, Shahir lebih kurang berkata dia tak akan buat benda yang dia tak suka dan tak pernah buat.

Oh, macam tu ke Shahir. Marilyn tak kisahlah dengan prinsip Shahir. Tak ada masalah. Cuma Marilyn rasa, Shahir lupa agaknya, masa di dalam AF, dia kena juga bersentuhan dengan pelajar wanita sewaktu persembahan. Ada juga adegan mesra-mesra.

Satu lagi, Shahir kan tak pernah ambil gambar dengan media untuk promosi dulu. Jadi kenapa buat sekarang? Jadi sajalah artis, tak payah nak buat promosi sebab kerja ni pun Shahir tak pernah buat dulukan. Tak gitu Shahir?

Tapi Marilyn tak tahulah kalau prinsip Shahir ini juga 'dibantu' oleh pihak pengurusannya. Mungkin pihak pengurusan nak jaga agar Shahir kalis gosip, tapi mereka lupa, prinsip-prinsip seperti inilah yang akan membuat orang mengata artis anda.

Lagipun Marilyn percaya, pihak pengurusan sepatutnya sudah cukup masak dengan ragam dunia hiburan sebab ini bukan artis pertama yang dijaga. Sudah melambak. Marilyn harap pihak pengurusan atau Shahir tak melenting dengan teguran ini. Marilyn cuma tulis bagi pihak teman-teman media lain yang rasa sedikit meluat dengan prinsip dan pesanan-pesanan daripada 'penaja'.


Marilyn:Kalau semua tak boleh, jangan masuk AF, tapi masuk pencarian Imam Muda. Gerenti tak kena pakai seluar pendek atau ambil gambar dengan perempuan. >> Komen sy: STATEMENT MACAM ORG XDER AKIDAH.. ISLAM KE DIA NIH?? HORMATILAH PRINSIP SHAHIR TU. BAGUS APA?

p/s: shahir dh bg tau kt paper mne tah dia jauh sbb segan ngan tokti n rse rendah diri. sbb tu dia jauh..
ni cite smalam.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Rakaman Duet Datuk Siti Nurhaliza dan Shahir terpaksa dibuat semula?
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Shahir (AF8) Terasa 'Kecil' Di Sisi datuk Siti Nurhaliza
» Datuk Siti Nurhaliza tidak Benarkan Datuk Mohd Khalid Jiwa Tunggang Motorsikal berkuasa Tinggi
» Bibiografi datuk Siti Nurhaliza
» Dialah - Datuk Siti Nurhaliza
» Datuk Siti Nurhaliza dan Bayi Comel

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: