KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Shahir (AF8) Terasa 'Kecil' Di Sisi datuk Siti Nurhaliza

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Shahir (AF8) Terasa 'Kecil' Di Sisi datuk Siti Nurhaliza Empty
PostSubject: Shahir (AF8) Terasa 'Kecil' Di Sisi datuk Siti Nurhaliza   Shahir (AF8) Terasa 'Kecil' Di Sisi datuk Siti Nurhaliza EmptyTue Jun 29, 2010 1:29 am

Shahir (AF8) Terasa 'Kecil' Di Sisi datuk Siti Nurhaliza 26832_1319805069278_1055312966_926271_3093788_n

"Saya memang rasa sangat-sangat terkejut, teruja dan terharu apabila diberitahu oleh pihak Astro bahawa saya akan berduet dengan Dato' Siti Nurhaliza.

"Maklumlah saya orang baru dan Dato' Siti pula bukan sahaja sudah lama bergiat aktif dalam industri seni, malah pernah memenangi pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara. Saya anggap ini semua sebagai rezeki," ujar bekas juara program realiti Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir ketika ditanya mengenai perasaannya apabila dapat berduet dan berkongsi pentas dengan penyanyi tersohor negara tersebut.

Penyanyi yang semakin popular melalui lagu "Kebahagiaan Dalam Perpisahan" itu bekerjasama dengan Siti bagi menjayakan program raya 'Lebaran Diva Dato' Siti Nurhaliza yang dirakamkan di Studio 1, Astro baru-baru ini.

Shahir juga berterus-terang memberitahu dia terasa begitu kecil ketika menyanyi bersama-sama dengan Siti. Akibatnya, dia melakukan beberapa kesilapan sehinggakan proses rakaman terpaksa dilakukan beberapa kali.

"Memang saya terasa gugup. Mujurlah Dato' Siti seorang yang profesional dan banyak membantu saya. Saya juga sebenarnya takut untuk berdiri dekat dengan Dato' Siti kerana rasa rendah diri, sehinggalah Dato' Siti meminta saya berdiri dekat dengannya ketika berduet menyanyikan lagu "Ketika Cinta Bertasbih" supaya kelihatan lebih cantik di dalam kamera.

"Ini boleh dikatakan sebagai pengalaman paling indah selama saya bergiat di dalam industri seni. Kalau anda semua nak tahu, inilah juga kali pertama saya bertemu dengan Dato' Siti dan mendengar dia menyanyi secara 'live'. Ini kerana sebelum ini saya hanya dengar di radio atau menonton persembahannya di televisyen. Apapun saya memang sangat kagum dan menghormati Dato' Siti," ujar Shahir.

Tambahnya, jika ada peluang sebegitu pada masa yang akan datang, dia pasti tidak akan melepaskannya.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Shahir (AF8) Terasa 'Kecil' Di Sisi datuk Siti Nurhaliza
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Rakaman Duet Datuk Siti Nurhaliza dan Shahir terpaksa dibuat semula?
» Datuk Siti Nurhaliza tidak Benarkan Datuk Mohd Khalid Jiwa Tunggang Motorsikal berkuasa Tinggi
» Bibiografi datuk Siti Nurhaliza
» Dialah - Datuk Siti Nurhaliza
» Datuk Siti Nurhaliza di Pesta Konvo UTM

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: