KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Faizal Tahir: Sampai Syurga Kurniaan daripada mimpi

Go down 
AuthorMessage
emy_butterfly

emy_butterfly


Posts : 55
DUIT gempakZ : 127
REPUTASI : 0
Join date : 2010-06-18

Faizal Tahir: Sampai Syurga Kurniaan daripada mimpi Empty
PostSubject: Faizal Tahir: Sampai Syurga Kurniaan daripada mimpi   Faizal Tahir: Sampai Syurga Kurniaan daripada mimpi EmptyWed Jun 30, 2010 2:11 pm

Faizal Tahir: Sampai Syurga Kurniaan daripada mimpi Hi_03.1

LELAKI 'Adrenalin' ini sedang enak mempromosikan album keduanya yang diangkat sebagai Anugerah Album Terbaik dan Album Rock terbaik pada malam Anugerah Industri Muzik Ke-17 (AIM17) baru-baru ini. Dalam satu wawancara bersama Faizal Tahir, ayah kepada tiga orang cahaya mata ini pernah menyatakan bahawa kehadiran Audi Mok selaku orang kuat di belakangnya adalah untuk menuetralkan keghairahan dalam dirinya.

"Audi sentiasa bertindak meneutralkan saya. Kalau lagu-lagu saya kedengaran terpesong kepada idola saya atau kedengaran sama dengan lagu-lagu yang sedia ada, Audi merupakan individu yang bertindak melaras semula muzik saya daripada tersasar," jelasnya.

Freddie Mercury merupakan individu yang paling berpengaruh dalam dirinya. Berikutan pengaruh dan populariti yang ada dalam diri seorang Faizal Tahir, dia kini diangkat sebagai duta kempen Bebaskan Bumi Palestin.

RUTIN BUAT LAGU
Selalunya ilham mencipta lagu waktu muncul lewat malam iaitu 12 tengah malam ke atas. Itu adalah rutin saya membuat lagu. Saya mendapat ilham melalui pelbagai cara antaranya sewaktu mendengar orang latah. Malah saya pernah mendapat idea di belakang pentas ketika persembahan dan tiba-tiba terdengar lagu Tamil. Itu juga mendatangkan ilham buat saya untuk mencipta lagu.

MIMPI LIRIK
Lagu Sampai Syurga adalah sebuah karya yang muncul daripada mimpi. Pada malam itu saya tersentak daripada bermimpi dan kemudian terus bangun sebelum menulis lagu tersebut agar tidak lupa. Saya ingat lagi waktu itu pukul 4 pagi.

FESYEN MILITARI
Pernah membawakan fesyen sebegini kerana minat yang sudah lama terhadap fesyen tersebut. Ini adalah pengaruh besar daripada kumpulan Queen dan The Beatles yang sudah sebati dalam diri saya. Saya juga gemarkan fesyen tersebut kerana pengaruh Michael Jackson yang pernah memakai pakaian serupa.

KAGUMI AIZAT
Saya melihat Aizat sebagai bakat muda yang sangat berbakat besar. Dia kadang kala nampak degil tetapi kedegilannya bertempat. Paling saya suka adalah lagu karyanya yang bertajuk Hanya Kau yang Mampu.
Back to top Go down
 
Faizal Tahir: Sampai Syurga Kurniaan daripada mimpi
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Evolusi Muzik Faizal Tahir
» Minggu Setiusaha bersama faizal tahir
» Faizal Tahir Pecahkan Gitar RM10,000
» Anak Sangka Faizal Tahir Berada Di Pejabat..
» Faizal Tahir Mahu Ke Palestin & Mati Syahid

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: