KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Kejayaan dalam program realiti lasak menaikkan nama Vanessa dan Pamela

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Kejayaan dalam program realiti lasak menaikkan nama Vanessa dan Pamela Empty
PostSubject: Kejayaan dalam program realiti lasak menaikkan nama Vanessa dan Pamela   Kejayaan dalam program realiti lasak menaikkan nama Vanessa dan Pamela EmptyThu Jul 15, 2010 12:11 pm


SEBELUM ini mereka hanyalah kakak dan pengurus kepada penyanyi dan juga bekas juara program realiti Akademi Fantasia musim pertama, Vincent Chong atau lebih dikenali sebagai Vince. Namun sejak mereka menyertai program realiti The Amazing Race Asia, nama Vanessa dan Pamela semakin dikenali di seluruh Asia. Bukan saja kerana kecantikan yang dimiliki tetapi juga disebabkan mereka adalah pemenang tempat kedua untuk program yang disiarkan pada tahun 2007 itu. Tidak dinafikan, program itulah yang membuatkan nama gadis berdarah campuran Cina-Inggeris ini mula dikenali. Bermula saat itu, satu demi satu produk melamar mereka untuk menjadi jurucakap. Malah, kejayaan sebagai naib juara dalam program realiti popular itu nyata merubah hidup mereka daripada orang biasa kepada seorang selebriti.

“Tak dinafikan sejak kami menyertai program ini dan meraih tempat kedua, hidup kami nyata berubah. Jika sebelum ini saya cuma dikenali sebagai kakak dan pengurus kepada adik saya, Vince, kini semakin ramai mengenali kami.

“Lebih mengejutkan apabila kami banyak menerima tawaran untuk menjadi jurucakap produk mereka. Kebanyakan tawaran yang kami terima adalah yang ada kaitan dengan mempromosikan gaya hidup yang sihat sejajar dengan program realiti yang kami sertai itu,” kata Vanessa.

Menurutnya, bukan sekadar menerima tawaran sebagai jurucakap produk, mereka juga dijemput untuk memberi ceramah motivasi di sekolah dan pusat pengajian. Selain itu, mereka juga bangga dan teruja kerana diberi peluang untuk memberikan ceramah motivasi di hadapan 500 orang yang terbabit dalam bidang perniagaan, perbankan, ahli korporat.

“Bersesuaian dengan tajuk Rise Above Challenges, kami berkongsi pengalaman selama 35 minit dengan mereka, bercerita bagaimana kami berjuang dalam program itu. Walaupun tidak menjadi juara, namun menduduki senarai tiga teratas itu sebenarnya sudah memadai. Malah bergelar 10 finalis juga sepatutnya mereka perlu merasa bangga kerana ada beribu orang yang berharap dapat menyertai pertandingan ini,” kata Vanessa lagi ketika ditemui selepas menjayakan acara forum anjuran SAS Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), kelmarin.

Ternyata selepas hampir tiga tahun mereka menyertai pertandingan itu, nama mereka masih dikenali sehingga kini.

“Disebabkan program itu nama keluarga kami iaitu Chong menjadi popular. Ke mana-mana kami pergi, panggilan Chong’s Sister itu bagaikan satu jenama buat kami,” katanya sambil tertawa.

Perubahan lain yang ketara melanda pasangan adik-beradik ini sejak menyertai program itu ialah mereka kini lebih gemar mengembara.

“Sejak menyertai program itu saya akui, ia sedikit sebanyak mempengaruhi kami untuk mencuba hobi baru iaitu mengembara. Kami pernah menjelajah Amerika Syarikat tahun lalu, memandu ke New York, Las Vegas dan juga Los Angeles.

Sepanjang kembara kami itu, banyak pengalaman yang kami tempuhi. Namun yang menyeronokkan apabila orang sana tertarik dengan budaya orang Malaysia yang masih menerapkan unsur berbudi bahasa.

“Jika kami memerlukan maklumat untuk ke sesuatu destinasi, kami akan bertanya dengan penuh sopan santun dan itulah yang membuatkan mereka lebih rasa hormat terhadap orang Asia,” ujar Vanessa.

Kesal artikel tidak bertanggungjawab

BAGAIMANAPUN, katanya, dalam pada ramai memberi pujian dengan pencapaian wanita berusia 32 tahun ini, terusik juga perasaannya apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mencalarkan imejnya apabila mengaitkan namanya dengan kes klip video lucah membabitkan vokalis kumpulan Peterpan, Ariel.

“Saya tidak mahu mengulas perkara ini kerana perkara itu mengarut dan tidak benar sama sekali. Saya kesal kerana kenyataan yang saya keluarkan di sebuah akhbar diputar belitkan di internet.

“Adalah tidak adil buat saya apabila dikaitkan dengan perkara yang tidak bermoral itu. Cukuplah penjelasan yang sudah saya buat sebelum ini, saya tak mahu lagi mengulas perkara itu,” katanya yang mengambil sikap berani kerana benar.

Suka watak aksi

SEJAK membintangi filem Talentime arahan Yasmin Ahmad, wajah gadis ini sudah jarang kelihatan di layar lebar. Apakah Pamela sudah tidak berminat untuk menjadi pelakon?

“Saya masih berminat untuk menjadi pelakon. Malangnya sejak kebelakangan ini, jadual saya cukup padat dengan pelbagai aktiviti. Ada di antara tawaran yang datang itu tiba pada waktu yang tidak sesuai. Jadi adalah sukar untuk saya menerima tawaran terbabit.

“Mungkin selepas ini jika ada tawaran yang datang, saya akan terima.Tapi kalau boleh, biarlah filem itu filem aksi. Saya memang berharap dapat membawakan watak seperti itu,” kata gadis berusia 27 tahun ini.

Selain terbabit sebagai duta produk dan juga memberikan ceramah motivasi, Pamela juga aktif dalam bidang meluncur ais. Dia baru saja pulang dari Singapura kerana menyertai pertandingan meluncur ais di sana.

“Seronok dan teruja kerana saya belajar benda baru. Walaupun agak sukar kerana perlu mengimbangi tubuh sambil melakukan pelbagai gerakan tapi saya amat berpuas hati. Program itu nanti akan disiarkan di sana sepanjang Disember hingga Januari tahun depan,” katanya.
Back to top Go down
 
Kejayaan dalam program realiti lasak menaikkan nama Vanessa dan Pamela
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Nama-nama orang yang bermaksud baik dalam Islam
» Asal nama "NIK"
» Realiti seorang menteri besar
» Di Sebalik Kejayaan CT bergelar Jutawan
» AF9 Bakal Jadi Program AF Yang Terakhir!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: