KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Anak Luar Nikah hampir gagal berbin bapa sendiri?

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Anak Luar Nikah hampir gagal berbin bapa sendiri? Empty
PostSubject: Anak Luar Nikah hampir gagal berbin bapa sendiri?   Anak Luar Nikah hampir gagal berbin bapa sendiri? EmptyWed Dec 08, 2010 6:22 pm

Dengarnya... Nyaris gagal berbinkan bapa sendiri
Oleh Normah Becok

2010/12/08
SEPASANG selebriti ini memang tidak kurang dengan cerita hangat walaupun mereka bukanlah terdiri daripada nama yang menggoncang dunia hiburan dengan bakat dianugerahkan Tuhan. Pendek kata, nama masing-masing lebih diperkatakan kerana cerita peribadi, bukan dek bakat dimiliki mereka.

Antara kontroversi membabitkan mereka adalah berkenaan anak yang khabarnya lahir di luar ikatan perkahwinan. Cerita yang Cik Normah dengar, pasangan itu nyaris-nyaris menyaksikan anak mereka didaftarkan di bawah seksyen tertentu, yang pada hakikatnya menyatakan anak terbabit tidak sah taraf. Sebabnya, anak kecil tidak bersalah itu lahir enam bulan selepas mereka melangsungkan perkahwinan. Cik Normah bukan kata anak itu tak cukup bulan, sebab bayi terbabit memang lahir cukup tempoh dan cukup sifatnya. Cuma, sewaktu ibu bapa mereka berkahwin dulu, dia sebenarnya sudah pun tiga bulan dalam kandungan.

Nampaknya pasangan ini memang tidak ambil iktibar daripada pengalaman lalu. Cik Normah cakap macam tu sebab, anak pertama mereka dulu pun memang didaftarkan di bawah seksyen berkenaan.

Selama ini, bermacam cerita yang mereka uar-uarkan, bagi melindungi anak kecil terbabit. Cik Normah dan rakan-rakan pula bukan mahu membongkar apa yang cuba disembunyikan. Tetapi bak kata orang tua-tua, bangkai gajah mana boleh disorokkan. Lama-lama orang akan dapat hidu juga.

Pesan Cik Normah juga, lain kali kalau hendak berbohong pun, janganlah sampai menampakkan kebodohan diri sendiri. Dalam sesetengah perkara, lebih baik berdiam diri saja, kalau tak mahu masuk ke dalam jerat yang kita sendiri pasang.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Anak Luar Nikah hampir gagal berbin bapa sendiri?
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Aktres hamil anak luar nikah keluar penjara
» Bapa mati lihat anak terbakar
» Rozita Che Wan Bakal Nikah Zain Saidin, Shah iskandar tak terkejut
» saya Tahu apa yang terbaik untuk anak-anak: Abby Abadi
» Fakta Yang Hampir Benar

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: