KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Wanita parah ditetak madu

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Wanita parah ditetak madu Empty
PostSubject: Wanita parah ditetak madu   Wanita parah ditetak madu EmptySun Jan 09, 2011 4:17 pm

2011/01/07

JITRA: Seorang suri rumah cedera parah di bahagian kepala, muka dan tangan akibat ditetak dengan parang oleh madunya di Kampung Baru, Sungai Korok dekat sini, hari ini. Kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu dipercayai berpunca dari perasaan cemburu antara kedua-dua wanita tersebut yang tinggal sebumbung sejak dua minggu lalu.

Wanita berumur 54 tahun itu kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan keadaannya dilaporkan stabil manakala madunya yang berumur 27 tahun dipercayai telah melarikan diri selepas kejadian itu. Anak perempuan mangsa yang berumur 17 tahun turut cedera di kaki akibat terpijak parang yang digunakan dalam serangan itu dan kini dirawat di Hospital Jitra.

Mangsa mempunyai enam orang anak manakala madunya mempunyai seorang anak lelaki berumur lapan bulan. Suami kedua-dua wanita itu yang berumur 54 tahun dan bekerja sebagai buruh di sebuah syarikat swasta di Jitra dan ketika ditemui pemberita di HSB enggan ditemu bual. Difahamkan, sebelum ini, madu wanita itu tinggal di rumah sewa di Kuala Nerang dan pindah ke rumah mangsa kira-kira dua minggu lalu kerana dikatakan suami mereka tidak mampu membayar sewa.

Sementara itu, seorang daripada jiran mangsa yang dikenali sebagai Nang Yah ketika ditemui pemberita berkata, ketika kejadian dia berada di luar rumah dan tiba-tiba terdengar bunyi bising dan teriakan meminta tolong dari rumah jirannya itu yang terletak kira-kira lima meter dari rumahnya.

"Mak Cik dengar suara orang bising-bising dan minta tolong...Mak Cik jadi takut lalu meminta bantuan jiran lain untuk melihat apa yang berlaku di rumah mangsa.

"Kemudian mak cik nampak mangsa mengengsot keluar dari rumah sambil merayu minta tolong dalam keadaan lemah dan tidak bermaya. Kepalanya penuh dengan darah," katanya.

Seorang lagi jiran mangsa berkata, beliau dan beberapa jiran lain telah membantu membawa mangsa ke Hospital Jitra.

"Bila sampai di rumah mangsa, mendapati mangsa dalam keadaan tidak bermaya dan lemah...saya dan rakan segera bawa mangsa ke hospital bagi mengelak mangsa kehilangan banyak darah," kata lelaki berumur 32 tahun itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian ini pada 4.20 petang. Polis sedang menyiasat kejadian itu, katanya. - BERNAMA
Back to top Go down
 
Wanita parah ditetak madu
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Dilema dua madu
» 3 Sekeluarga Maut ditikam perompak, seorang parah
» Kelebihan Kurma, Kismis dan Madu
» lagi kes Bunoh: Penjual madu ditikam dan Dibakar
» Dua beranak menjadi mangsa langgar Penjenayah, Bapa terkorban anak parah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: