KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Anwar ulangi cabaran debat kepada Najib

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Anwar ulangi cabaran debat kepada Najib Empty
PostSubject: Anwar ulangi cabaran debat kepada Najib   Anwar ulangi cabaran debat kepada Najib EmptyThu Jan 20, 2011 7:49 pm

Anwar ulangi cabaran debat kepada Najib Suratdebat

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi mengulagi cabaran debatnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung kedudukan ekonomi dan fakta dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Difahamkan Anwar telah menghantar surat cabaran keduanya tersebut kepada Najib hari ini, selepas seminggu menunggu jawapan dari cabaran terbuka yang diutarakan minggu lalu. Dalam satu salinan surat tersebut yang dihantar kepada Harakahdaily, Anwar memaklumkan beliau mahu sekali lagi menjemput Najib untuk berdebat secara terbuka berkaitan isu sama.

"Hutang negara juga telah melonjak lebih dari 50% buat pertama kali dalam sejarah. Perbahasan ini ternyata mustahak dan berkepentingan umum," kata Anwar dalam surat tersebut.

Najib sebelum ini mendakwa tawaran 100 hari pakatan Rakyat yang terkandung dalam Juku Jingga tersebut sebagai tidak bertanggungjawab, populis dan akan memufliskan negara. Ekoran itu, Anwar mempelawa Najib agar berdebat secara terbuka berhubung perkara itu, pada satu sidang media khas minggu lalu.

"Kami menyangkal tohmahan tersebut kerana belum berlaku dalam sejarah sesebuah negara itu muflis apabila melaksanakan tatakelola yang baik dan berusaha meringankan beban rakyat," petik surat itu lagi.

Sehubungan itu katanya, Najib diharap menerima pelawaan tersebut bagi memberi maklumat tepat kepada rakyat agar mereka mampu membuat penilaian yang sebenar.

"Saya yakin hujah yang bakal diutarakan oleh YAB Datuk Seri dan saya selaku Ketua Pembangkang mampu memberi manfaat kepada usaha memperkukuh amalan demokrasi, penyebaran maklumat tanpa sekatan dan memulihkan kembali ekonomi negara,"katanya.

Dalam pada itu, Najib dalam ucapannya kepada peneroka di Felda Chemplak, Tenang hari ini, menolak cabaran debat oleh Anwar. Presiden Umno itu memberi alasan, beliau bukan takut tetapi mahu Anwar menyelesaikan terlebih dahulu masalah peribadinya khususnya berhubung isu liwat.

"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam,” perli Najib.
Back to top Go down
 
Anwar ulangi cabaran debat kepada Najib
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Bajet Belanjawan 2013: Najib kata ada Ole-ole buat Rakyat
» Anwar Ibrahim tidak membayar kami : CNN
» Perdana Menteri datuk Seri najib umum peruntukan 28 juta pekebun kecil
» Datuk Seri Najib: BN tak buat janji Mustahil
» Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan mahkamah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: