KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Nadia Pukau Orang Amsterdam!

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Nadia Pukau Orang Amsterdam! Empty
PostSubject: Nadia Pukau Orang Amsterdam!   Nadia Pukau Orang Amsterdam! EmptyTue May 25, 2010 8:57 pm

Untung budak Nadia ni...dah 2x dpt jemputan perform kat amsterdam...bukan senang nak dpt peluang camtu...rezeki dia lah kan? harap2 dia make malaysians proud kat sana....

Nadia Pukau Orang Amsterdam! 11232009_nadialonarm(a)

Teks oleh Razif Rosdi
Foto koleksi Nadia

Perkenalan bintang Akademi Fantasia 6(AF6), Nadia Haswani Hassan atau Nadia dengan duta Malaysia di Netherlands, Dato' Dr Fauziah Mohd Taib sewaktu kecil telah memberikan peluang cerah buat gadis comel ini untuk menonjolkan bakatnya ke peringkat antarabangsa.

Ia terbukti apabila Nadia buat kali ke-2 telah dijemput mengadakan persembahan malam gala diplomat di Amsterdam pada 14 November lalu.

Nadia berkata tahun lalu jemputan dia ke sana adalah atas dasar cubaan saja. Namun, dia tidak menyangka pihak kedutaan Malaysia-Netherlands berpuas hati dengan persembahan lalu dan diundang sekali lagi untuk mengadakan 2 pesembahan sekaligus iaitu Malam Gala Malaysia 2009 dan Malam Wanita Duta & Diplomat.

"Kedatangan Nadia ke sana untuk menghiburkan wakil-wakil duta disana. Pada persembahan Malam Wanita, Nadia telah menghiburkanorang-orang dari Afrika, Kenya, New York dan banyak lagi.
"Untuk malam gala pula, Nadia menyanyi di hadapan orang Malaysia dan Belanda yang dijemput hadir. Persembahan Nadia malam itu dibantu Chef Ismail yang bertindak sebagai hos dan telah memasak rendang untuk tetamu.

"Chef Ismail ditemani seorang lagi hos dari Malaysia iaituSherina yang telah lama menetap di sana. Alhamdulillah, Nadia tidakhadapi sebarang tekanan memandang penonton di sana sentiasa menghargai nyanyian Nadia setiap kali habis menyanyi,” jelasnya.

Apa yang pasti, pada kedua-dua malam tersebut, Nadia telah mendendang lagu-lagu Inggeris seperti Ain't Nobody (Chaka Khan), Where Do Broken Hearts Go (Whitney Houston), Fame (Irene Cara), What's Love Got To Do With It (Tina Turner), So What (Pink), No One (Alicia Keys), Un-Break My Heart (Tony Braxton), The Climb (Miley Cyrus), So What (Pink) dan sebuah lagu Indonesia iaitu Tanpa Kekasihku (Agnes Monica) yang diminta tetamu.

Lebih menarik, kedatangan Nadia ke sana yang bermula 9 -17 November lalu ditemani bondanya dan juga wakil dari syarikat Nadia sendiri, Nadia Crids Entertainment. Sebelum persembahan, Nadia turut menjalankan sesi fotografi di sana bagi kemaskini profil terbarunya untuk promosi produk terbaru beliau.

Selain fotografi, Nadia turut meluangkan masa makan angin di sekitar Katwijks, Modurodum dan Amsterdam Town (Dam Square). Sepanjang berada di sana, Nadia telah menginap di Residence Kedutaan Malaysia-Netherlands.

Menjelaskan mengenai bayaran yang diterima, Nadia bersyukur dengan peluang yang diberikan. Malah, Nadia menerangkan bayaran tersebut berbaloi buat dirinya yang masih baru bergelar artis.

Pun begitu, Nadia menafikan akan bersikap lebih demand selepas ini disebabkan telah mengadakan banyak persembahan di luar negara. Nadia percaya sikap sebegitu boleh menghancurkan kariernya sendiri.

"Peluang artis Malaysia untuk ke sana amat sukar sekali. Sebab itulah dan peluang, Nadia mahu bawa bersama rakan artis yang lain untuk mengadakan persembahan di sana,” ujarnya.

Menyentuh mengenai kariernya, Nadia kini sibuk mempromosikan single terbarunya bertajuk Kita Sama. Single ini adalah hasil ciptaan komposer Amir dan lirik dari Nadia sendiri.

Selain itu, Nadia juga bakal menyambung penggambaran sitkom Angguk-Angguk Geleng-Geleng di
RTM 2. Dalam sitkom ini, Nadia berperanan sebagai Dina dan bergandingan dengan Along Cham dan Khatijah Tan. Sementara itu, Nadia juga akan muncul dengan telemovie Rendang Tok Wan di Astro Ria bersama pelakon Ning Baizura, Tok Wan (Ikon Astro), Ketampi, Jihan Raja Lawak dan Amyza Aznan.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Nadia Pukau Orang Amsterdam!
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Orang Tua Berasmara
» Bertunang dengan isteri Orang
» PSY persenda gaya hidup orang kaya
» Hinanya orang yang meninggalkan Solat
» Shila Amzah putus dengan Sharnaz.. Ada orang pula buat video bodoh

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: