KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Bunuh teman wanita kerana tolak cinta

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Bunuh teman wanita kerana tolak cinta Empty
PostSubject: Bunuh teman wanita kerana tolak cinta   Bunuh teman wanita kerana tolak cinta EmptyWed May 04, 2011 6:19 pm

Bunuh teman wanita kerana tolak cinta Ne_03.1

ALOR SETAR - Hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewa lelaki itu di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini malam kelmarin. Mayat Ratna Sufizzah Riyanti Omar ditemui mati pada pukul 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, kejadian berlaku ekoran wanita itu menolak lamaran teman lelakinya yang berusia 50 tahun menyebabkan lelaki terbabit berang dan bertindak di luar kawalan.

"Suspek seorang tukang masak menyerah diri di balai polis di sini pukul 1.30 pagi dengan membawa pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa setelah dinasihatkan oleh majikannya.

"Suspek mengenali mangsa sejak lima hingga enam tahun lepas. Suspek telah mempunyai keluarga di Johor," kata beliau di sini semalam.

Sebelum bekerja di sebuah restoran di Jalan Sultanah Sambungan di sini sebulan lalu, suspek pernah bekerja di sebuah hotel di Genting Highlands, Pahang.

Mangsa dari Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang itu bekerja di sebuah kilang di Gurun sejak setahun lalu selepas menamatkan pengajian dalam bidang Sains Nukleas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ogos 2010.
Back to top Go down
 
Bunuh teman wanita kerana tolak cinta
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Barah Payudara bunuh Ratu Cantik Dunia Venezuela
» Genius Matematik tolak hadiah USD 1 Juta?
» Perbicaraan kes Bunuh Dirang di johor bahru
» Ditikam hanya kerana lambat bayar sewa rumah!
» Sempat bagi pesanan sebelum bunuh diri

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: