KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Danny X-Factor kena tinggal 3 hari selepas ijabkabul

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Danny X-Factor kena tinggal 3 hari selepas ijabkabul Empty
PostSubject: Danny X-Factor kena tinggal 3 hari selepas ijabkabul   Danny X-Factor kena tinggal 3 hari selepas ijabkabul EmptyFri Nov 11, 2011 3:21 pm

Danny tidak kisah kena tinggal
Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

BARU tiga hari diijabkabulkan, pelakon dan pengacara Danny X-Factor sudah ditinggalkan isterinya sendirian di rumah kerana tugas. Itulah pengorbanan seorang suami pada isteri tercinta. Sebagai bekas pramugara, pemilik nama sebenar, Mohd Khardanie Anwa, 31, mengakui dia cukup memahami karier yang diceburi isterinya, Saidatul Norfazlin Zakaria, 25, (Lin) yang berkhidmat sebagai pramugari dengan syarikat penerbangan AirAsia itu.

“Lebih sebulan berkahwin, saya mula menyesuaikan diri dengan status sebagai suami. Saya sedar tanggungjawab dan komitmen semakin bertambah selepas berkahwin berbanding ketika zaman bujang dulu.

“Bila saya sibuk di lokasi penggambaran drama dan filem, saya pula terpaksa tinggalkan isteri di rumah. Ia bukan masalah kerana sebagai suami isteri, kita perlu bertolak ansur dan saling mempercayai antara satu sama lain bagi menjamin kebahagiaan rumah tangga,” katanya.

Sesibuk manapun dengan tugas, Danny yang ditemui di majlis rumah terbuka Media Prima yang berlangsung di Hilton KL Sentral, baru-baru ini berkata, Lin tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri sebaik mungkin.

“Lin memang pandai memasak. Setakat ini, dia sudah masak sajian kegemaran saya iaitu Singgang Ikan dan Lala masak pedas. Kalau Lin sibuk, saya juga mencuri masa untuk memasak untuknya iaitu Nasi Goreng dan Ayam Masak Merah yang disukainya.

“Maklumlah, masing-masing sibuk dengan karier. Justeru, hubungan kami semakin erat menerusi masakan dan kualiti masa di rumah,” katanya.

Ditanya ciri-ciri yang ada pada isterinya, kata Danny, Lin seorang yang penyayang dan cukup memahami dirinya.

“Kami berkenalan melalui kawan-kawan kerana kami berkongsi kumpulan kawan yang sama. Semua kawan-kawan Lin memang kenal saya dan ia memudahkan kami mengenali hati budi masing-masing, sekali gus mengakhirinya ke jenjang pelamin.

“Perbezaan usia enam tahun juga bukan penghalang buat kami untuk hidup bahagia sama seperti pasangan lain. Soal anak pula semuanya bergantung pada rezeki dari Tuhan,” katanya.

Pada masa sama, Danny dan isterinya merancang untuk berbulan madu ke destinasi Eropah yang diimpikan bila ada kelapangan nanti.

“Kami juga sempat menghadiri majlis pelancaran Hot Springs (air panas), Tambun, Ipoh, Perak anjuran Jamu Mak Dara, baru-baru ini, sekali gus dapat meluangkan masa bersama walaupun hanya sehari di sana,” katanya.

Pasangan ini selamat dinikahkan pada 16 September lalu di kediaman keluarga perempuan di Kampar, Perak dengan hantaran RM11,201.10 yang penuh simbolik buat percintaan mereka berdua. Majlis menyambut menantu sebelah lelaki berlangsung di rumah keluarga Danny di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Oktober lalu. Manakala acara kemuncaknya ialah majlis persandingan yang bakal berlangsung di Dewan Seri Endon, Putrajaya pada 7 Disember nanti.

Pasangan ini juga bertunang pada 30 Mac lalu dan selepas mengikat tali pertunangan selama enam bulan, mereka sepakat mengakhirinya dengan ikatan perkahwinan. Berkongsi perkembangan karier seninya pula, terus terang, kata pengacara yang dikenali melalui program Agro Eksplorasi, dia juga selesa bekerja di belakang tabir bersandarkan pengalaman luasnya dalam bidang hiburan tanah air.

“Sekalipun sudah berkahwin, saya akan teruskan karier dalam bidang seni seperti biasa. Saya bertuah kerana isteri memberi sokongan padu pada bidang seni diminati, sejak dulu. Pada masa sama, saya juga menyokong karier yang diceburi isteri dari belakang,” katanya.

Terbaru, Danny juga menjadi penolong penerbit drama bersiri untuk slot Samarinda sebanyak 25 episod, Bunga April arahan Along Kamaludin. Drama yang memaparkan kisah cinta tiga segi ini diterajui barisan pelakon seperti Shah Jaszle, Tasha Shila dan Zack X-Factor. Danny juga buat penampilan khas dalam cerita ini.

“Saya memang minat buat kerja belakang tabir, sejak dulu lagi. Antaranya, terbabit dalam kerja belakang tabir filem Belukar (penolong pengarah).

“Saya tak kisah karier seni bergerak perlahan-lahan kerana yang penting saya ingin buktikan pada orang, saya masih wujud dalam industri seni tempatan. Biarlah orang nak kata, saya ‘artis suam-suam kuku’ pun,” katanya.
Back to top Go down
 
Danny X-Factor kena tinggal 3 hari selepas ijabkabul
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Wanita Hidup semula selepas 6 hari mati
» Kek Hari Jadi / Hari Lahir
» Artis Wanita kena penyakit Kelamin
» Props Siti Nurhaliza Kena Curi
» manchester United - Danny Welbeck

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: