KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 66 WARTAWAN TERBUNUH DI SELURUH DUNIA SEPANJANG 2011

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

66 WARTAWAN TERBUNUH DI SELURUH DUNIA SEPANJANG 2011 Empty
PostSubject: 66 WARTAWAN TERBUNUH DI SELURUH DUNIA SEPANJANG 2011   66 WARTAWAN TERBUNUH DI SELURUH DUNIA SEPANJANG 2011 EmptyWed Dec 28, 2011 2:38 pm


Persatuan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) melaporkan, seramai 66 orang wartawan terbunuh dan lebih daripada 1,000 orang ditangkap di seluruh dunia sepanjang tahun 2011. Sementara itu, Agensi Berita Qatar memetik laporan RSF sebagai berkata, daripada jumlah itu 20 daripadanya terbunuh di Timur Tengah dan Amerika Latin di mana jumlah itu adalah dua kali ganda lebih banyak berbanding pada tahun 2010.

Menurut laporan RSF, dua tahun berturut-turut Pakistan menjadi negara paling bahaya apabila 10 wartawan yang dibunuh, manakala China, Iran dan Eritrea terus menjadi penjara terbesar di dunia bagi media.

“Terdapat banyak kes di mana wartawan yang dihalang dalam perjalanan ke lokasi tugas dan ditahan bagi tempoh pendek atau dipanggil untuk soal siasat.
“Sebahagian besar daripada mereka ditahan oleh kerajaan negara terbabit atas alasan mengancam negara,” kata RSF dalam satu kenyataan media, semalam.

Bermula dari Dataran Tahrir, Kaherah ke Khuzdar di barat daya Pakistan, hinggalah dari Mogadishu ke bandar-bandar di Filipina, wartawan terpaksa berhadapan dengan risiko dan ketidakstabilan politik negara-negara terbabit. RSF menambah, antara cabaran sepanjang 2011 adalah demonstrasi yang membawa kepada pertempuran ganas dengan pasukan keselamatan atau bertukar menjadi konflik terbuka.

Misalnya, ‘Arab Spring’ memulakan protes yang diilhamkan di negara-negara berhampiran seperti Sudan dan Azerbaijan. Selain itu, demonstrasi jalanan di negara-negara lain seperti Greece, Belarus, Uganda, Chile dan Amerika Syarikat merupakan lonjakan dramatik dalam jumlah orang ditangkap iaitu daripada 535 pada tahun 2010 kepada 1,044 pada tahun 2011.
Back to top Go down
 
66 WARTAWAN TERBUNUH DI SELURUH DUNIA SEPANJANG 2011
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Festival Muzik KL sepanjang Julai
» DUA WARTAWAN LAPOR BERITA PALSU
» Wartawan berjaya merakam Pocong di Kulim Hi-Tech
» Chong Wei Tewaskan Lin Dan dalam Final Seluruh England
» Fendi A to Z meninggal Dunia

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: