KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Festival Muzik KL sepanjang Julai

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Festival Muzik KL sepanjang Julai Empty
PostSubject: Festival Muzik KL sepanjang Julai   Festival Muzik KL sepanjang Julai EmptyMon Jun 07, 2010 12:50 pm

Festival Muzik KL sepanjang Julai Pix_gal0
NORLIZA bersama barisan artis yang akan menjayakan FMKL sepanjang Julai.
Pelbagai acara budaya dan seni diatur JKKN untuk meriahkan ibu negara

JABATAN Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan Festival Muzik Kuala Lumpur (FMKL) yang bakal berlangsung sepanjang Julai ini sempena Festival Kuala Lumpur (FKL).

FMKL ini adalah satu lagi inisiatif kerajaan dalam usaha menyediakan peluang kepada karyawan muzik untuk mempersembahkan karya terbaik mereka kepada masyarakat. Dalam kerancakan pelbagai pihak luar menganjurkan pelbagai konsert artis luar, JKKN sebaliknya mengiktiraf bakat pemuzik tanah air yang berbakat dengan menyediakan landasan untuk mereka mempersembahkan hasil muzik bermutu untuk dikongsi dan dihayati bersama. Dengan tema Muzik Merentasi Sempadan, FMKL akan menampilkan lapan konsert pelbagai genre muzik sepanjang FKL berlangsung bermula 1 Julai depan.

Festival yang menghimpunkan hampir 100 penggiat seni muzik tempatan dan antarabangsa ini menjanjikan pelbagai kelainan untuk pencinta muzik tanah air sejajar dengan landasan JKKN untuk menyediakan peluang kepada penggiat seni muzik untuk eksperimen dengan teknologi dan elemen muzik tempatan.

Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli berkata, muzik sebahagian daripada elemen penting seni dan budaya yang juga satu komponen penting dalam kemajuan negara seiring dengan kepesatan teknologi.

“JKKN sebagai salah sebuah jabatan yang berusaha melaksanakan program pembangunan kebudayaan dan kesenian melalui usaha memupuk, membimbing, merakyatkan dan menyemarakkan seni dan budaya.
“Program FMKL pada tahun ini adalah meniti landasan yang sama dan dirancangkan selaras dengan penekanan ke arah mengukuhkan perpaduan, membabitkan generasi muda di samping usaha menyuntik nilai ekonomi melalui pengkomersilan produk seni dan budaya,” katanya di sidang media yang diadakan baru-baru ini.

Ini adalah tahun kelima FMKL dianjurkan. Kali ini penganjurannya menunjukkan peningkatan memberangsangkan dengan penyertaan penaja termasuklah penambahan pengisian sepanjang aktiviti berlangsung. Ia merancakkan perjalanan aktiviti yang diatur seperti seni persembahan, visual, bahasa dan persuratan, warisan, permainan tradisi dan aktiviti keilmuan menjadi agenda utama dalam teras FKL. Menurut Norliza, pada 2006, FKL berjaya menyenaraikan 40 aktiviti, 2007 (70), 2008 (80), 2009 (82) dan tahun ini meningkat sebanyak 121 aktiviti kesenian.

“Peningkatan penyenaraian aktiviti ini adalah hasil kepercayaan penganjur terhadap FKL yang dilaksanakan sepanjang Julai.

“Bagi menempah kejayaan melalui pelbagai aktiviti ini termasuklah konsert FMKL , banyak penaja turut sama menyokong seperti Centre Stage Entertainment dan Persatuan Warga Cinta Negara (Pencinta) begitu juga dengan rakan lokasi iaitu Istana Budaya, Zoo Negara, Panggung Anniversari, KL Live Hall, Life Centre dan Plenary Hall, KLCC,” katanya lagi.

Antara acara menarik sepanjang Festival Muzik Kuala Lumpur berlangsung pada Julai nanti ialah Konsert Ella bersama Koir Kebangsaan, Konsert Gambus: Tradisi ke Fusion, Konsert Alam, Konsert Hujan Vs Bunkface, Konsert Akhir Rentak Juara RTM, Konsert Dir..Suara 1Malaysia oleh Koir Kebangsaan, Muzikal ‘Nanta Cooking’ dan Konsert Zainal 31st Green Anniversary Menara KL.

Turut diambil bahagian daripada artis seperti Ella, Orkestra Simfoni Kebangsaan, Ito Blues Gang, Fauziah Gambus, Anna Rafali, Azlan & Typewriter, Raja Zulkarnain, Istamuzika, Sashi, Kam, Jerry Kamit, Zainal Abidin, Kumpulan Babola (Orang Asli Gombak), Gamelan Gentarasa, Hujan, Bunkface, Koir Kebangsaan, Nanta (Korea) dan ramai lagi pemuzik amatur negara.
Back to top Go down
 
Festival Muzik KL sepanjang Julai
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» separuh akhir 2011 muzik muzik, juara lagu
» TOP 5 Muzik Muzik Separuh AKhir Saringan 1
» 66 WARTAWAN TERBUNUH DI SELURUH DUNIA SEPANJANG 2011
» Asal usul tarian dan muzik
» Evolusi Muzik Faizal Tahir

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: