KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Rita Rudaini - Aidil Zafuan: Serahkan diketentuan Takdir

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Rita Rudaini - Aidil Zafuan: Serahkan diketentuan Takdir Empty
PostSubject: Rita Rudaini - Aidil Zafuan: Serahkan diketentuan Takdir   Rita Rudaini - Aidil Zafuan: Serahkan diketentuan Takdir EmptyMon May 28, 2012 2:15 pm

SAAT artikel ini dikarang (Selasa lalu), Rita barangkali sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, menantikan saat akhir untuk berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadat umrah buat kali kedua.

Pastinya pemergian kali ini lebih membahagiakan Rita Rudaini Mohamad@Mokhtar (Rita), 36, apabila turut ditemani dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna, 1.

Bagaimanapun, suaminya juga bintang bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, 25, tidak turut serta.

“Dia (Aidil) tahu Rita ke sana bersama anak-anak dan keluarga. Sejak tujuh tahun lalu, ibu bapa Rita setiap tahun tidak pernah terlepas mengunjungi Tanah Suci dan setiap kali itu mereka tidak akan lupa mengajak Rita, cuma Rita saja yang ada halangan.

“Namun Rita percaya, kalau seruan itu ada, ia tidak akan ke mana. Alhamdulillah, tahun ini selepas sekian lama terhalang hasrat hati, Rita berpeluang menjejakkan semula kaki ke sana (Makkah) dan tentunya lebih menggembirakan apabila kali ini anak-anak juga dibawa bersama.

“Biar apapun kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi Rita ketika ini, Rita mohon segala urusan di sana dipermudahkan dan berharap ada sesuatu membahagiakan menanti Rita apabila pulang dari Tanah Suci,” katanya yang berangkat pada 22 Mei lalu.

Mohon dimurahkan rezeki dia dan anak-anak, Rita yang kali terakhir menunaikan ibadat umrah tujuh tahun lalu juga berharap kunjungan itu bakal memandu keputusan bakal dibuatnya kelak berhubung pergolakan rumah tangga yang membelenggu dirinya sejak beberapa bulan lalu.

Umum tahu bahawa suaminya, Aidil menarik semula permohonan cerai yang difailkannya pada 30 April lalu. Bagaimanapun, hubungan mereka sama ada sudah kembali tinggal sebumbung belum dapat dipastikan lagi.

“Saat dia keluar dari rumah Januari lalu sampai sekarang, meskipun sudah membatalkan permohonan cerai, dia masih belum pulang ke rumah untuk berbincang dengan Rita. Itu saja yang Rita boleh katakan kerana pada 18 Jun nanti akan ada lagi perbicaraan kami di mahkamah.

“Rita tak mahu ganggu perbicaraan mahkamah dan tidak boleh keluarkan sebarang kenyataan buat masa ini bagi menghormati prosiding mahkamah. Terus terang Rita sendiri tidak ada masa untuk fikir apakah tindakan yang seharusnya Rita ambil.

“Apa yang boleh Rita katakan, Rita serahkan segala-galanya kepada Yang Maha Kuasa. Kalau jodoh kami masih panjang, Rita terima dan jika sebaliknya pun Rita akan reda.

“Bagi Rita, apa saja keputusannya nanti, ada hikmahnya. Rita tidak mahu menolak takdir. Tuhan Maha Mengetahui.

“Pada awal persengketaan kami, tiap-tiap hari Rita menangis sampaikan sudah kering air mata. Tapi sekarang Rita rasa, hidup Rita dan anak-anak lebih tenang, tak susah dan lebih gembira,” katanya.

Ditemui di lokasi penggambaran drama Ameera di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Ahad lalu, Rita berjaya menutup perasaan pilunya malah menjawab setiap soalan dengan tenang.

Tidak mahu membohongi diri, di mana ada kalanya masalah yang dihadapi mengganggu emosi ketika di set penggambaran, namun dia wajar berfikiran rasional kerana kesedihan tidak akan membantu hidupnya.

“Kita tidak boleh tinggal atau lari daripada masalah. Ia akan sentiasa mengekori kita. Apa yang kita boleh buat adalah mengawal emosi dan cari ketenangan. Kita juga perlu menghormati kerja orang lain. Jangan susahkan orang sebab masalah kita.

“Rita bersyukur kerana ada anak-anak. Setiap kali rasa sediah, Rita bayangkan wajah mereka, sekali gus mengingatkan Rita bahawa apapun yang berlaku Rita ada anak untuk dibesarkan. Merekalah penawar duka hati Rita sebenarnya.

“Selalunya Rita akan rasa terhibur kerana anak-anak turut bersama di lokasi penggambaran. Mana-mana penggambaran secara ‘indoor’ dan tidak membabitkan banyak babak, Rita akan bawa mereka bersama. Alhamdulillah, mereka tidak pernah merengek atau mengganggu Rita,” katanya.

Tinggalkan kisah sedih hidupnya, kebelakangan ini wajah Rita kembali menghiasi kaca televisyen bahkan wanita kelahiran Perlis yang cukup jelita itu khabarnya terikat dengan beberapa penggambaran drama termasuk filem.

Ketika soalan itu diajukan, bingkas Rita, selama ini orang memang tahu dia sentiasa meletakkan keluarga di tempat pertama. Bagaimanapun, dalam keadaan dirinya yang terkapai-kapai, dia perlu bekerja dan mencari rezeki untuk anak-anak.

Menyentuh pembabitannya dalam drama 26 episod, Ameera yang mula ditayangkan menerusi slot Samarinda sejak semalam (23 Mei), Rita berpasangan dengan pengarah dan aktor terkenal, Syamsul Yusof.

Diarahkan Murali Abdullah, Ameera mengisahkan sebuah perjanjian untuk mendapatkan zuriat.

“Rita memegang watak Ameera manakala Syamsul sebagai Amir. Dalam cerita ini walaupun kami sudah lima tahun berkahwin, hubungan kami mesra dan intim namun ketiadaan anak membuatkan ibu mentua yang dilakonkan Jasmin Hamid tidak menyukai Ameera.

“Ameera seorang wanita yang sanggup melakukan apa saja untuk suaminya walaupun me�ngorbankan perasaan sendiri. Rita tertarik menerima watak ini kerana kalau diperhatikan kebanyakan drama dibintangi Rita, sering disogok watak wanita lemah lembut, Ameera sebaliknya seorang yang tegas. Selain itu, Rita sukakan jalan ceritanya.

“Tapi waktu mula-mula Rita dimaklumkan berlakon dengan Syamsul, Rita terkejut kerana merasakan pasangan Rita terlalu muda. Sebelum ini, Rita pernah berlakon dengan Aqasha yang juga jauh lebih muda daripada Rita tetapi Aqasha nampak matang.

“Ini adalah gandingan pertama Rita dengan Syamsul dan Rita sifatkan dia seorang yang pemalu. Kalau Rita tidak mulakan perbualan atau buat perangai gila-gila, Syamsul biasanya lebih suka menyendiri. Apabila babak romantis saja, Syamsul mula nampak jadi tak tentu arah dan kurang selesa.

“Tidak dinafikan agak sukar mewujudkan keserasian pada awalnya, namun bonus apabila kita berlakon dengan seseorang yang faham kerja mereka sebagai pelakon. Jadi dalam pada ada masalah, keserasian kita tetap boleh mengatasinya,” katanya yang juga terikat dengan penggambaran Trilogi Cinta 2.

Penghujung Jun nanti, Rita akan memasuki set penggambaran filem terbaru terbitan Suhan Movies yang masih belum berjudul.

Pada Julai nanti, Rita sudah ditempah Global Station untuk menjayakan drama terbaru terbitan produksi berkenaan, Sehangat Asmara yang turut dibintangi Adi Putra dan Fahrin Ahmad.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Rita Rudaini - Aidil Zafuan: Serahkan diketentuan Takdir
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Aidil Zafuan tidak hadir di mahkamah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: