KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Aidil Zafuan tidak hadir di mahkamah

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Aidil Zafuan tidak hadir di mahkamah  Empty
PostSubject: Aidil Zafuan tidak hadir di mahkamah    Aidil Zafuan tidak hadir di mahkamah  EmptyTue Jun 19, 2012 3:27 pm

Aidil Zafuan tidak hadir di mahkamah  19062012r

Dramatis Rita Rudaini Mokthar terkejut apabila suaminya yang merupakan pemain bola, Aidil Zafuan Abdul Razak tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, Isnin pagi bagi sebutan semula kes nusyuz (perintah kembali taat) yang dikemukakan oleh suaminya itu, seperti dipetik daripada mStar.

Saya mendapat kekuatan untuk turun naik mahkamah apabila kes sering tertangguh kerana yakin Allah memberi kekuatan kepada saya dan juga keluarga. Saya sanggup melalui semua ini dengan tempoh masa yang lama demi anak-anak.

Saya pun hairan mengapa Aidil tidak muncul di mahkamah tanpa memberikan sebarang alasan, ujar aktres berusia 36 tahun ini.

Sebelum itu mahkamah dimaklumkan oleh peguam syarie plaintif, Ahmad Nazib Johari yang memohon untuk menangguhkan kes tersebut pada jam 12 tengah hari Isnin.

Walaubagaimanapun peguam syarie defendan, Datuk Mohd Zaidi Md. Zain tidak menerima sebarang surat untuk memaklumkan penangguhan tersebut dan seterusnya akan mengemukakan bantahan terhadap permohonan nusyuz yang dituntut oleh plaintif. Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhamad kemudiannya menetapkan 9 Julai akan datang bagi memberi peluang kepada Rita mengemukakan bantahan berkenaan.

Pada 16 Mei lalu, Aidil yang merupakan pemain bola sepak pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menarik balik permohonan cerai atas alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka.

Aidil turut mahu Rita dan anak-anaknya berpindah dari kediaman mereka ketika ini di Damansara ke rumah tajaan ATM yang didiaminya di USJ 1, Subang Jaya.

Pasangan yang sering dilanda kemelut rumah tangga sejak awal perkahwinan mereka ini lantaran tidak mendapat restu keluarga telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Dalam perkembangan lain, aktres Ameera ini baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah pada 3 Jun lalu bersama-sama 30 ahli keluarga serta anak lelaki sulungnya.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Aidil Zafuan tidak hadir di mahkamah
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Rita Rudaini - Aidil Zafuan: Serahkan diketentuan Takdir
» Datuk Siti Nurhaliza tidak kisah tidak tercalon AIM
» Mahkamah batal tuntutan RM1.38 juta terhadap Nash
» Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan mahkamah
» MediaUmno: Pembangkang patut malu kerana mahkamah Malayisa sememangnya Adil

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: