KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Ilmu Hitam - Rahsia disebaliknya

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Ilmu Hitam - Rahsia disebaliknya Empty
PostSubject: Ilmu Hitam - Rahsia disebaliknya   Ilmu Hitam - Rahsia disebaliknya EmptyMon May 28, 2012 2:24 pm

CERITA sihir atau gangguan makhluk halus suatu yang lazim berlaku dalam kehidupan masyarakat Melayu. Malah, cerita sebegini juga kerap kali dijadikan plot dalam filem dan drama.

Jika filem dan drama seram menerima sambutan positif penonton, penerbitan program TV juga penting untuk mengupas perkara mistik ini lebih mendalam. Namun, sejauh mana program ini mampu mendedahkan pengalaman mangsa atau membuka rahsia pengamal, apa yang diharapkan ia menjadi pengajaran untuk dikongsi bersama penonton. Saluran Islamik, Astro Oasis (saluran 106) meneruskan usaha mendidik dan menghiburkan penonton dengan menyalurkan kandungan program bermutu. Menerusi program baru, Perangi Sihir yang mula disiarkan sejak 7 Mei lalu, penonton berpeluang mendapat maklumat lebih tepat mengenai amalan sihir bersama Pakar Khidmat Runding dan Nasihat Spiritual, Datuk Engku Ansaruddin Agus, 60, atau lebih dikenali sebagai Pak Engku.

Dia berpandangan tidak ramai penonton sanggup berkongsi secara terbuka, malah penerbitan program ini juga dibimbangi segelintir pihak yang menganggap ia memberi tanggapan negatif.

“Saya pernah ditemubual dan kemudian memberi cadangan agar topik sihir ini dibincang-

kan lebih terbuka tetapi beberapa pihak tidak berani melakukannya. Sebaliknya, Astro Oasis memberikan peluang sepenuhnya pada saya untuk membincangkan perkara ini lebih mendalam.

“Kisah masyarakat berdepan gangguan ilmu hitam sudah banyak berlaku, tetapi ia masih memberi pengajaran berguna untuk dikongsi bersama penonton.

“Sejak zaman 80-an, saya banyak kali memperkatakan perkara sihir ini dan saya tegaskan kita seharusnya memerangi sihir. Sihir tidak kuat sekiranya dalam diri mempunyai kekuatan spiritual yang cukup,” katanya selepas rakaman program Perangi Sihir di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pak Engku yang bertindak sebagai pengerusi eksekutif pusat perubatan Yashfien Herbs Sdn Bhd menjelaskan, mangsa yang disihir mengalami perasaan gementar dan degupan jantung kencang. Berpengalaman selama 42 tahun merawat pesakit, Pak Engku mendedahkan golongan artis tempatan juga antara pesakit yang mendapatkan rawatan daripadanya.

“Ramai artis datang berubat dengan saya seperti ada penyanyi mengalami situasi tidak dapat mengeluarkan suara ketika mahu menyanyi di pentas. Setakat ini, 85 peratus pesakit yang dirawat sembuh dan saya juga masih belum habis belajar ilmu rawatan ini,” katanya yang pernah menuntut dengan 72 guru.

Program ini yang bersiaran setengah jam memberi peluang ke pada penonton berinteraksi bersama Pak Engku menerusi pang–gilan telefon, facebook dan twitter. Penonton bertuah ini diberi kesempatan berkongsi masalah dan mendapatkan nasihat Pak Engku. kepada penonton Astro Oasis (saluran 106), saksikan program Perangi Sihir disiarkan setiap Isnin, jam 7.30 malam.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Ilmu Hitam - Rahsia disebaliknya
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Menuntut Ilmu
» Khasiat Lada Hitam
» Nelson Mandela : Presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan
» Rahsia anak pintar
» Rahsia pembinaan Piramid Firaun

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: FILEM & DRAMA-
Jump to: