KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Menuntut Ilmu

Go down 
AuthorMessage
mawar_hijau

mawar_hijau


Posts : 112
DUIT gempakZ : 229
REPUTASI : 2
Join date : 2010-05-27

Menuntut Ilmu Empty
PostSubject: Menuntut Ilmu   Menuntut Ilmu EmptyFri May 28, 2010 4:52 am

Maksud hadis, "Menuntut ilmu adalah satu kewajipan bagi muslim lelaki dan wanita."

Untuk ke depan, elok sesekali kita imbas ke belakang. Lihat pada apa yang telah kita tinggalkan. Kita tidak akan menempuhnya lagi. Kita kini bergerak ke depan, untuk menyahut seruan kejayaan.

Gelombang kehidupan itu kadang-kala kecil, kadang-kala besar. Kita akan ditimang gelombang pada sepanjang kehidupan kita. Oleh itu, janganlah kita takut dan bimbang kerana kita akan timbul selagi kita berpegang kepada agama Allah.
Dalam menggarap kejayaan, kita seharusnya tidak cepat berputus asa. Bayi yang baru belajar berjalan biasanya kerap terjatuh. Tetapi ia akan berusaha untuk bangun dan berjalan kembali. Orang dewasa yang ingin memajukan dirinya perlu mempunyai jiwa seorang bayi. Jangan sesekali berputus asa dalam mengejar impian. Mungkin kita tidak ingat betapa gembiranya ibu bapa kita atas kejayaan-kejayaan kita yang lampau.

Lantaran itu, kembalikanlah semangat yang berkobar-kobar itu kerana kita tentu tidak sanggup menyerahkan kegagalan kita terhadap ibu bapa kita yang telah banyak berkorban buat kita.Sesungguhnya, kesempurnaan manusia ada tiga perkara, ilmu pengetahuan, pengalaman dan pemerhatian iaitu belajar pada alam. Dari sehari ke sehari, kita melangkah dengan semakin gah memijak bumi.

Dari sehari ke sehari jualah kedua-dua ibu bapa kita semakin meningkat usia dan terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka yang pastinya tidak terbalas oleh kita. Hargailah kehadiran mereka di sekeliling kita sementara mereka masih ada kerana masa itu tidak pernah menanti kita.

Nasihat Lukmanul Hakim terhadap anaknya, "Wahai anakku, bergaullah dengan golongan berilmu dan rapatkanlah kedua lututmu, kerana sesungguhnya Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah, sebagaimana Allah menghidupkan tanah yang mati dengan hujan lebat. "
Back to top Go down
mawar_hijau

mawar_hijau


Posts : 112
DUIT gempakZ : 229
REPUTASI : 2
Join date : 2010-05-27

Menuntut Ilmu Empty
PostSubject: Re: Menuntut Ilmu   Menuntut Ilmu EmptyFri May 28, 2010 4:52 am

Bagaimana hendak cari orang yang berilmu?
Carilah orang yang menyeru manusia ke arah kedamaian. Kerana hanya syaitan sahaja yang suka manusia hidup berpecah-belah.

Rasulullah menyatukan bangsa Arab dengan menggunakan Al Quran. Kita sudah terbalik, guna Al Quran untuk memecah-belahkan kesatuan bangsa kita atas alasan berbeza hukum. Selagi kita anggap Al Quran itu kitab untuk mencari hukum, selagi itu minda kita tidak dibangunkan, kerana kita telah tertipu dengan nafsu keegoan sendiri.
Back to top Go down
 
Menuntut Ilmu
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Ilmu Hitam - Rahsia disebaliknya

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISLAM-
Jump to: