Admin Admin
Posts : 431 DUIT gempakZ : 865 REPUTASI : 0 Join date : 2008-12-30 Age : 39 Location : Johor negeriku
| Subject: Rai warga Pusat Jagaan Mentari sempena Hari Ibu Mon May 28, 2012 8:05 pm | |
| KULIM: Puteri Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu tidak melepaskan peluang untuk meraikan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di Pusat Jagaan Mentari, Kulim, bagi memberi keceriaan sempena sambutan Hari Ibu, baru-baru ini. Ketuanya, Datin Norsabrina Mohd Noor berkata, sambutan Hari Ibu diadakan di pusat jagaan itu bagi memberi kegembiraan kepada penghuninya kerana mereka hidup dalam kesedihan dan sebatang kara tanpa anak-anak di sini.
Katanya, menerusi program anjuran bersama Persatuan Sivik India Malaysia (Persim) itu, mereka melihat wajah penghuni pusat jagaan berkenaan amat ceria dan mampu melupakan kisah silam masing-masing.
“Peranan wanita sekarang semakin penting kerana turut memberi sumbangan amat besar kepada negara. Dalam arus pembangunan moden, tugas para ibu semakin mencabar dan kini ramai di kalangan mereka mempunyai kerjaya sama ada profesional ataupun tidak.
“Mereka harus membahagikan masa dan perlu memberi komitmen dengan baik antara kerjaya dan tanggungjawab besar dalam mendidik anak-anak serta rumah tangga sehingga anak mereka berjaya ke universiti,” katanya ketika ditemui, di sini.
Menurutnya, selain sambutan Hari Ibu, pihaknya turut meraikan sambutan Hari Jururawat dengan memberi sumbangan kek kepada 13 wad di Hospital Kulim bagi menghargai jasa jururawat yang berkorban menjaga pesakit.
“Menerusi program ini, ia bukan saja meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tetapi mewujudkan rasa hormat kepada wanita dan hak serta pengorbanan mereka,” katanya. | |
|