KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Pusat setinggan di Johor Bahru sarang penjenayah

Go down 
AuthorMessage
loritah




Posts : 40
DUIT gempakZ : 110
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-26

Pusat setinggan di Johor Bahru sarang penjenayah Empty
PostSubject: Pusat setinggan di Johor Bahru sarang penjenayah   Pusat setinggan di Johor Bahru sarang penjenayah EmptyTue Mar 01, 2011 1:00 pm

Pusat setinggan di Johor Bahru sarang penjenayah Pix_gal0
KAWASAN setinggan yang dihuni lebih seribu warga asing membawa bermacam masalah di Kampung Semangat, Johor Bahru. Kampung Semangat jadi penempatan warga asing termasuk tanpa permit

JOHOR BAHRU: Kampung Semangat, yang turut digelar Kampung Perpaduan, di Kempas di sini, dulunya pernah menempatkan lebih 400 keluarga penduduk setinggan.

Dengan pembangunan serta usaha kerajaan menangani masalah setinggan di negeri ini, semua keluarga di kampung itu dipindahkan ke flet Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas kira-kira setahun lalu, manakala ada segelintir keluarga menetap di Taman Tampoi Utama, hasil bantuan kerajaan. Namun, apa yang mengecewakan, usaha kerajaan untuk menangani masalah setinggan di kampung itu tidak berakhir di situ, selepas masalah baru wujud apabila dihuni lebih 90 peratus warga asing. Sejak kampung itu diduduki kira-kira 1,500 penghuni baru-baru ini, banyak masalah sosial dan jenayah timbul termasuk dijadikan tempat penagihan dadah, sarang pelacuran dan terbaru kejadian rogol.

Lebih mengecewakan, kerajaan negeri tidak dapat melakukan apa-apa berikutan tapak perumahan setinggan tidak tersusun itu dimiliki individu persendirian. Berikutan itu, beberapa rumah kayu dan rumah batu sedia ada dimiliki penghuni lama tapak itu dikatakan disewakan pula kepada warga asing, termasuk mereka yang bekerja di negara ini tanpa permit.

Penghuni dikenali sebagai Sukran, 35, dari Tanjung Balai, Indonesia berkata, beliau sudah menetap di kampung itu sejak dua tahun lalu dengan bayaran sewa tidak tetap dengan purata kira-kira RM125 sebulan. Mengakui tidak mempunyai permit dan bekerja secara kontrak di negeri ini, beliau langsung tidak mengenali pemilik tanah tetapi hanya mengenali penyewa premis didiaminya.

“Sewa tidak menentu, ada kalanya RM125 sebulan dan kadang-kadang RM130 sebulan. Sememangnya saya dan rakan lain selesa menetap di sini,” katanya ketika ditemui di kampung itu baru-baru ini.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak digemari penduduk terdahulu kampung itu, Sarah Abdullah, 53, kerana pelbagai masalah dikatakan timbul sejak kampung yang pernah didiaminya itu dihuni ramai warga asing. Sarah atau dikenali sebagai Mak Long mengakui sudah menetap di kampung berkenaan selama 25 tahun sebelum berpindah ke kediaman PRR Kempas kira-kira setahun lalu.

“Kini saya masih datang ke sini untuk berniaga kuih-muih dan minuman berdekatan surau di sini, namun banyak perkara kurang baik yang saya dengar termasuk berlakunya kes rogol dan gejala dadah di kampung ini.

“Saya berharap kerajaan dapat merobohkan, membersihkan dan memagar kawasan ini kerana semua penduduk asal kampung ini sudah pun dipindahkan. Kini tinggal kurang 10 peratus penduduk tempatan menetap di sini, dan selebihnya warga asing,” katanya yang sanggup berniaga di tempat lain sekiranya kerajaan memusnahkan setinggan di kampung itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian berkata, kawasan kampung seluas kira-kira 60 hektar itu dimiliki seorang individu juga pewaris pemilik asal tanah dan kini menetap di Singapura.

“Tanah itu dikurniakan Sultan terdahulu kepada pemiliknya untuk dibangunkan dengan pegangan hak milik tanah selama 999 tahun. Namun, selepas pemiliknya meninggal dunia, warisnya yang masih membayar cukai tanah setiap tahun tidak pula membangunkan kawasan ini sebaliknya membenarkan tapak ini disewakan kepada warga asing,” katanya.

Katanya, sebagai wakil rakyat, masalah sosial di kawasan itu disedari sudah mula meningkat termasuk menjadi tempat ‘mat gian’, wujudnya aktiviti pelacuran dan terbaru, kejadian rogol. Osman berkata, lokasi tanah itu berdekatan Taman Bukit Mewah, Taman Anggerik, Taman Cempaka dan Taman Impian Emas dan menjadi satu kawasan strategik untuk dibangunkan daripada dibiar menempatkan warga asing.

“Saya sudah cadangkan kepada kerajaan supaya tanah ini diambil mengikut Kanun Tanah Negara, kerana pemiliknya didapati menyalahguna tanah diberikan.

“Saya harap menerusi Akta Kanun Tanah Negara, tanah ini dapat diambil kembali oleh kerajaan untuk dibangunkan kerana lokasinya yang strategik di bandar raya ini,” katanya.
Back to top Go down
 
Pusat setinggan di Johor Bahru sarang penjenayah
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Perbicaraan kes Bunuh Dirang di johor bahru
» Burung Buat Sarang di Tempat Pelik
» Dua beranak menjadi mangsa langgar Penjenayah, Bapa terkorban anak parah
» Johor: 9 tahun masih tak siap
» Rai warga Pusat Jagaan Mentari sempena Hari Ibu

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: