KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Perbicaraan kes Bunuh Dirang di johor bahru

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Perbicaraan kes Bunuh Dirang di johor bahru Empty
PostSubject: Perbicaraan kes Bunuh Dirang di johor bahru   Perbicaraan kes Bunuh Dirang di johor bahru EmptyTue Feb 26, 2013 5:18 am

Aku memang sedih kalau terbaca kisah pembunohan kejam. nak nak berlaku di negara kita sendiri. Dimanakah hati perut kita sebagai manusia>? Tak bolehkah buat baik dan hidup bersama aman damai? Betullah Firman Allah yang ada menyatakan Manusia itu sendiri yang banyak melakukan kerosakan di atas muka bumi ini.. Ikuti kisah Dirang yang mana perbicaraan kes nya disambung semula

Quote :
Perbicaraan kes Dirang bermula hari ini

JOHOR BAHRU: Perbicaraan kes seorang buruh yang didakwa membunuh Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, yang rangkanya ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai pada Mac tahun lepas, bermula di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pada prosiding hari ini, Ketua Unit Pendakwaan Johor Umar Saifuddin Jaafar dalam ucapan pembukaannya berkata pendakwaan akan memanggil beberapa saksi termasuk ibu dan nenek Dirang serta Doktor Mohamad Aznool Haidy Ahsorori, yang melakukan bedah siasat ke atas mangsa.

"Keterangan saksi pakar ini akan membuktikan bahawa melalui penemuan fungal dan telur lalat pada mayat si mati membuktikan si mati sudah mati pada 2 Mac 2012, atau lebih awal dari tarikh itu.

"Seterusnya, di akhir perbicaraan nanti, kesemua keterangan yang akan dikemukakan itu bakal membentuk suatu keterangan yang melampaui keraguan munasabah bahawa tertuduh terbabit dan menyebabkan kematian Nurul Nadirah," katanya.

Di kandang tertuduh ialah Muidin Maidin, 26, yang didakwa membunuh mangsa di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam di sini antara jam 11.30 pagi pada 1 Mac 2012 dan 12 malam, 2 Mac 2012 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Nurul Nadirah dilaporkan hilang pada 1 Mac tahun lepas ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam sebelum disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dan dibakar pada 12 Mac tahun lalu.

Kematiannya disahkan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap rangka manusia yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai pada 8 Mac tahun lalu. Hari ini, mahkamah mendengar keterangan ibu mangsa Roselyn Alan, Milnah Jul serta tiga jurugambar Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam iaitu Lans Koperal Mohamad Fouzi Zakaria, Koperal Rosman Abdullah dan Koperal Northa Basiman.

Perbicaraan di depan Hakim Datuk Abdul Halim Aman bersambung esok.
Umar Saifuddin dibantu Timbalan Pendakwa Raya Jasmee Hameeza Jaafar manakala Muidin diwakili peguam Mohd Daud Ismail dan Mohamad Abd Kadir. - BERNAMA
Back to top Go down
 
Perbicaraan kes Bunuh Dirang di johor bahru
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Pusat setinggan di Johor Bahru sarang penjenayah
» Sempat bagi pesanan sebelum bunuh diri
» Bunuh teman wanita kerana tolak cinta
» Johor tamat menjual air kepada Singapura
» Barah Payudara bunuh Ratu Cantik Dunia Venezuela

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: