KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Tomok mahu anak cepat

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Tomok mahu anak cepat Empty
PostSubject: Tomok mahu anak cepat   Tomok mahu anak cepat EmptyWed Jun 20, 2012 6:04 pm

Tempoh percintaan 8 tahun bukanlah satu jangka masa yang mudah untuk ditempuhi setiap pasangan. Namu, penyanyi Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, telah membuktikan bahawa semua itu bukanlah satu halangan.

Malah, sepanjang tempoh itu, dia berjaya mempertahankan hubungannya bersama Rahayu atau Siti Rahayu Abas, 32, sehingga kedua-dua mereka telah selamat disatukan dengan ikatan yang sah pada 1 Julai 2011 lalu.

Biarpun mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran dengan Rahayu yang juga pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) , namun Tomok bersyukur bila saat-saat untuk disatukan dengan isterinya itu berjalan dengan lancarnya di Dewan Serbaguna Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur.

"Alhamdulilah, saya sangat gembira apabila akirnya kami disahkan sebagai pasangan suami isteri kerana itulah saat yang dinanti-nantikan oleh kami. Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini, memandangkan masing-masing sibuk dengan kerja.

"Lagipun saya memang mencari orang yang memahami kerjaya saya sebagai artis. Apa taknya, selama 8 tahun bercinta banyak juga gosip-gosip yang mengaitkan saya dengan artis perempuan telah tersebar yaman mana ia semuanya tidak benar. Namun saya lihat Ayu masih boleh menerima saya dan memahami keadaan saya,"jelas Tomok yang mula mengenali Rahayu sejak menjayakan penggambaran telemovie New Boyz kira-kira 8 tahun yang lalu.

Sungguh pun usia Rahayu lebih 5 tahun berbanding dirinya, namun bagi Tomok, perkara itu bukanlah menjadi penghalang cintanya terhadap juara One In A Million tersebut.

"Saya akui ketika saya mengenail Tomok dulu, dia baru sahaja berusia 19 tahun. Tetapi tidak tahu bagaimana hati saya sudah terpaut kepadanya. Malah, ada rasa serasi dalam hubungan kami.

"Keserasian itu telah membuatkan saya sanggup mengharungi pelbagai dugaan bersamanya selama 8 tahun. Yelah, sudah tentu saya ada perasaan cemburu bila dia bersama peminat, namun lama kelamaan saya dah mula memahaminya dan juga menghormati peminat-peminatnya,"luah Ayu yang merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur.

Belum merancang ke mana lokasi berbulan madu mereka, namun Tomok akui dia sudah pun mempunyai rencana untuk menimang cahaya mata dengan kadar segera bersama isterinya.

"Saya kalau boleh mahu cepat dapat anak. Tak sabar rasanya kerana saya ini memang seorang yang sukakan kanak-kanak sejak dari dulu lagi. Tak perlu begitu ramai rasanya, tiga atau empat orang anak sudah memadai untuk melengkapkan rumah tangga kami kelak," katanya yang mungkin akan berbulan madu di kawasan pantai seperti Bali, Indonesia.

Pasangan ini akan melangsungkan tiga resepsi perkahwinan mereka iaitu di sebelah pihak perempuan di lokasi yang sama pada 2 Julai lalu, majlis bersama-sama rakan media di Saloma Bistro, Kuala Lumpur pada 6 Julai ini serta resepsi di sebelah pihak lelaki di rumah keluarga Tomok di Alam Damai, Cheras pada 9 Julai depan.

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/07/tomok-nak-anak-secepat-mungkin.html#ixzz1yK3gOABq
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Tomok mahu anak cepat
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» saya Tahu apa yang terbaik untuk anak-anak: Abby Abadi
» Tomok nak Kahwin dengan Pramugari?
» Farhan AF4 mahu bertunang?
» Filem Iron Man Malaysia, Mantera - Tomok Hero??
» Baca manga Paling cepat keluar

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: