KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Farhan AF4 mahu bertunang?

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Farhan AF4 mahu bertunang? Empty
PostSubject: Farhan AF4 mahu bertunang?   Farhan AF4 mahu bertunang? EmptyMon Jan 02, 2012 6:05 pm

KUALA LUMPUR, 19 DISEMBER 2011: Sudah lama tidak bersua muka dengan penyanyi jazz Farhan Azizan,27 yang dicungkil dari Akademi Fantasia 4, Murai telah berkesempatan bertemu dengannya ketika majlis persandingan juri MasterChef Malaysia, Chef Riz dan pasangannya Ana Dahlia. Kerana begitu rapat dengan pengantin perempuan, Farhan telah menghadiahkan dengan beberapa buah lagu indah ketika majlis persandingan di sebelah pihak perempuan di Taiping, Perak pada 11 Disember lalu. Bagaimanapun semalam, ketika majlis resepsi ala kampung yang diadakan di Felda Sungai Koyan iaitu rumah keluarga Chef Riz, susuk tubuh Farhan sekali lagi muncul.

Bukan untuk membuat persembahan, sebaliknya dia yang manis berbaju kurung kelabu telah berada di sisi Ana Dahlia bertindak sebagai pengapit pengantin perempuan sepanjang majlis persandingan berkenaan itu berlangsung. Ketika disapa portal murai.com.my, Farhan berkata dia sangat gembira apabila dapat memenuhi permintaan teman baiknya itu iaitu sebagai pengapitnya ketika majlis resepsi berkenaan.

“Itulah, memang Ana sendiri yang mahukan saya menjadi pengapitnya untuk persandingannya di Sungai Koyan ini.“Kata Ana, alang-alang saya akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, jadi apa salahnya saya mengambil berkat daripada majlis perkahwinannya itu,” katanya tersenyum menguntum sambil mata mengerling ke arah seorang jejaka yang tidak jauh daripadanya.Apabila ditanya, benarkah dia akan mendirikan rumah tangga, Farhan berkata dia memilih untuk mengikatkan tali pertunangan terlebih dahulu pada Februari tahun depan dengan kekasihnya, Rashdan Suhaimi, 27.“Ada baiknya kami bertunang terlebih dahulu. InsyaAllah setahun selepas itu barulah kami memutuskan untuk berkahwin,” katanya yang akhirnya telah berkesempatan memperkenalkan Rashdan kepada portal murai.com.my.Seorang jejaka yang agak pemalu dan ringkas, Rashdan merupakan graduan dari salah sebuah universiti di United Kingdom dan kini telah pulang ke tanah air sejak Julai lalu untuk meneruskan kehidupannya bersama keluarga dan buah hatinya itu.Menurut Farhan, kekasihnya itu masih mencari kerjaya yang sesuai dengannya dan untuk majlis persandingan berkenaan jejaka berkenaan telah bertindak selaku jurugambarnya untuk tatapan mereka berdua.

SUMBER : http://www.mummynemo.com/2011/12/pertunangan-farhan-af4-dan-rashdan-suhaimi/
Back to top Go down
 
Farhan AF4 mahu bertunang?
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Bertunang dengan isteri Orang
» Tomok mahu anak cepat
» Azizul tidak mahu aksi Apeldoorn
» Pelajar Pintar Nekad mahu berkahwin
» Faizal Tahir Mahu Ke Palestin & Mati Syahid

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: