KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Azizul tidak mahu aksi Apeldoorn

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Azizul tidak mahu aksi Apeldoorn Empty
PostSubject: Azizul tidak mahu aksi Apeldoorn   Azizul tidak mahu aksi Apeldoorn EmptyThu Mar 03, 2011 1:57 pm

'Saya belum sedia'
bhsukan@bharian.com.my
2011/03/03


Azizul tidak mahu aksi Apeldoorn Pix_gal0


"SAYA belum bersedia ke Apeldoorn," kata Azizulhasni Awang, semalam. Kata-kata yang terbit daripada mulut ikon sukan negara itu kini sah sudah melenyapkan segala spekulasi hangat mengenai penyertaannya ke Kejuaraan Dunia Trek di Belanda, akhir bulan ini. Biarpun masih berselera besar mahu menyertai kejohanan yang menyaksikan dia memenangi pingat perak dalam acara keirin, tahun lalu, Azizul atau Jijoe akur mahu memberi peluang kakinya sembuh sepenuhnya selepas mengalami kemalangan di siri Kejohanan Piala Dunia di Manchester, 19 Februari lalu. “Kesakitan dialami saya bukan luaran kerana ia membabitkan otot dalaman jadi memerlukan masa untuk pulih. Saya tahu tidak sempat untuk pulih sebelum 23 Mac ini dan saya harap semua orang akan memahami situasi ini,” katanya menerusi emel.

Pelumba berusia 22 tahun itu menambah dia tidak mahu terburu-buru kerana sasaran utama ialah meraih emas di Sukan Olimpik 2012 London.

Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz yang tiba di Melbourne, pagi semalam untuk memeriksa Jijoe menegaskan penyertaan pelumba berkenaan tidak harus timbul kerana belum cergas dan masih dalam proses pemulihan.

“Saya tahu ramai pihak mahunya beraksi tetapi adakah bertanding dalam kejohanan Dunia itu satu keperluan ketika ini,” katanya.
Azizul berkata jurulatihnya, John Beasley sendiri memaklumkan dirinya tidak mampu pulih dengan kadar segera dan perlu menarik diri daripada Kejohanan Dunia itu sebelum kembali memburu mata kelayakan Olimpik pada Ogos ini bagi menyertai siri Piala Dunia Klasik yang baru di Kazakhstan.

Mengulas lanjut perkembangan, Ramlan berkata, pemenang emas Sukan Asia Guangzhou 2010 itu kini boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat tetapi perlu berhati-hati dan mematuhi proses pemulihan yang ditetapkan.

“Namun, Azizulhasni masih memerlukan rehat dan pada minggu keenam hingga kelapan, dia perlu menjalani proses penilaian mobilisasi, bergerak dalam posisi tertentu sebelum boleh menjalani latihan ringan. Ini bagi memastikan dia benar-benar pulih,” katanya.

Dia menambah jaguh pecut yang dikenali sebagai ‘the pocket rocket man’ itu akan terus dipantau ketua pasukan ISN bagi pelumba trek negara yang berpangkalan di Melbourne, Kate Wallis.
Back to top Go down
 
Azizul tidak mahu aksi Apeldoorn
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Misi Apeldoorn Azizul positif
» Datuk Siti Nurhaliza tidak kisah tidak tercalon AIM
» Aksi Seks Remaja Bawah Umur
» Aksi terlampau, Seks, Lucah & Skandal, video 3gp
» Farhan AF4 mahu bertunang?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: BOLA, SUKAN & PERMAINAN-
Jump to: