KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Misi Apeldoorn Azizul positif

Go down 
AuthorMessage
loritah




Posts : 40
DUIT gempakZ : 110
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-26

Misi Apeldoorn Azizul positif Empty
PostSubject: Misi Apeldoorn Azizul positif   Misi Apeldoorn Azizul positif EmptyTue Mar 01, 2011 1:07 pm

MNCF akan daftar nama jaguh pecut bagi aksi Kejohanan Dunia Trek

KINI sah jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang akan beraksi dalam Kejohanan Dunia Trek - sekali gus menamatkan segala spekulasi sebelum ini.

Semalam, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) mengesahkan nama ikon sukan negara berusia 23 tahun itu akan didaftar, bagi kejohanan elit yang bermula pada 23 sehingga 27 Mac ini di Apeldoorn, Belanda. “Sama ada dia akan berkayuh atau tidak, terpulang pada keadaannya pada hari perlumbaan nanti namun secara zahirnya dia kini sudah boleh berkayuh. “Kami bagaimanapun tidak tahu lagi jika tisu atau luka yang terkoyak itu sudah 100 peratus sembuh atau tidak,” kata pengurus pasukan, Datuk Naim Mohamad selepas majlis penajaan Telekom Malaysia sebagai penaja utama Jelajah Malaysia 2011, semalam.

Tambah menarik, beliau yang juga Timbalan Presiden MNCF berkata skuad trek elit negara itu juga mencatat rekod menghantar pelumba teramai bagi edisi kali ini, iaitu 15 termasuk seorang pelumba remaja, Mohd Arfy Qhairant Amran berbanding hanya lima, tahun sebelumnya. Naim berkata keputusan muktamad bergantung kepada laporan perubatan dan juga nasihat Institut Sukan Negara (ISN) untuk tidak menggadaikan matlamat jangka masa panjang sebenar iaitu di Sukan Olimpik London 2012.

Mengenai kemalangan ketika acara final Kejohanan Piala Dunia Klasik di Manchester, 19 Februari lalu itu yang menyebabkan betis kiri Azizul tertusuk serpihan kayu sepanjang 20 sentimeter, Naim berkata MNCF tidak akan membuat sebarang bantahan rasmi kerana merasakan Manchester sudah menjalankan tanggungjawab yang baik sebagai penganjur dan kemalangan itu boleh berlaku kepada mana-mana pelumba. Dalam majlis penajaan hari ini, Telekom Malaysia yang juga penaja bagi jersi kuning bagi pelumba terbaik keseluruhan, akan menjadi pembekal telekomunikasi rasmi bagi Pusat Media di sepanjang enam hari Jelajah Malaysia dianjurkan bermula Selasa depan di Kota Iskandar, Johor.
Back to top Go down
 
Misi Apeldoorn Azizul positif
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Azizul tidak mahu aksi Apeldoorn
» MATRADE anjur misi khusus minyak, gas
» Atlit tuan rumah positif dadah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: BOLA, SUKAN & PERMAINAN-
Jump to: