KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 kerana iman menjadi paksi

Go down 
AuthorMessage
mawar_hijau

mawar_hijau


Posts : 112
DUIT gempakZ : 229
REPUTASI : 2
Join date : 2010-05-27

kerana iman menjadi paksi Empty
PostSubject: kerana iman menjadi paksi   kerana iman menjadi paksi EmptyThu May 27, 2010 11:42 am

dimonolog oleh radhiahsyahida

kerana iman menjadi paksi Pravs-j-hold-on-to-friendship

Kisah semalam masih lagi mencuri senyuman Diya. Benar-benar membuktikan betapa manisnya ikatan mereka. Walau syaitan cuba meretakkan pada mulanya, namun kerana iman...

***

Diya hanyut membaca Sinergi karya seorang penulis bernama Hilal Asyraf. Novel islamik garapan penulis muda itu sedikit membuat dirinya menjadi skeptik. Kisah kasih seorang Irfan Hakimi terhadap Rasyid Zakwan yang semata-mata kerana Allah itu sangat indah di matanya. Namun, masih wujudkah manusia yang benar-benar bersahabat berpaksikan iman di dunia nyata ini? Hanya iman, bukan rupa mahupun harta yang mereka pandang.

***

Memori semalam meniti di mindanya. Dia tidak mengharapkan apa-apa, cukuplah sekadar doa. Namun, Allah itu Maha Pemurah. Bukan sekadar mendapat doa manusia-manusia di sisi, malah nilai iman dalam persahabatan juga diberi.

***

Mereka pada Diya.. bukanlah manusia hebat, tidak juga orang terkenal. Biasa-biasa saja. Namun tidak pada akal dan iman yang begitu luarbiasa. Walaupun datang dari suasana berbeza, prinsip juga tidak sama, namun kerana satu kalimah yang manusia sebutkan sebagai persahabatan, mereka mampu bersatu di bawah satu payung keimanan. Ya! payung keimanan yang Allah swt kurniakan!

***

Diya tersenyum puas. Sinergi sudah dia khatam dengan satu kefahaman yang jelas. Konsep tarbiyyah sebagai asas wajib seorang muslim serta keimanan yang tak boleh dipisahkan dari segenap perjalanan kehidupan bermain-main difikirannya. Cuma tinggal untuk dibumikan dengan amalan sahaja. Diya ingin sekali menjadi seperti Irfan. Tega terjun untuk menarik kembali sahabatnya yang terlorong untuk ke lembah neraka. Sungguh mulia watak itu!

***

Tok..tok.. ketukan pintu mengejutkan Diya yang sedang mengelamun itu. Sengihnya terukir, bukan kerana teringatkan ketukan dua kali dalam adegan yang tidak diduganya semalam. Tidak dan tidak sama sekali! Tetapi, sengih kerana teringat manisnya persahabatan mereka ketika saat saling usik-mengusik dan saling mengenakan antara satu sama lain itu. Hanya Allah dan mereka yang tahu.

"Ya Allah, jagalah sahabat-sahabatku supaya sentiasa dalam redhaMU". doanya di dalam hati.
sumber:http://monolograsya.blogspot.com/
Back to top Go down
 
kerana iman menjadi paksi
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Menjadi Pelajar Berjaya
» Buta hanya kerana berebut sekeping biskut
» Bunuh teman wanita kerana tolak cinta
» Mesyuarat Agung Seniman 14 Dibatalkan kerana penyelewengan?
» Ditikam hanya kerana lambat bayar sewa rumah!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN HOBI :: BUKU, NOVEL & CERPEN-
Jump to: