KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Menjadi Pelajar Berjaya

Go down 
AuthorMessage
mawar_hijau

mawar_hijau


Posts : 112
DUIT gempakZ : 229
REPUTASI : 2
Join date : 2010-05-27

Menjadi Pelajar Berjaya Empty
PostSubject: Menjadi Pelajar Berjaya   Menjadi Pelajar Berjaya EmptyFri May 28, 2010 5:11 am

RAMAI pelajar ingin berjaya sebagai pelajar. Pelajar yang berjaya sering dikaitkan dengan keputusan peperiksaan yang baik, dapat melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi dan mendapat pekerjaan yang baik. Ada juga yang berpendapat pelajar yang berjaya seharusnya mempunyai ketrampilan diri yang baik. Soal berjaya sebagai pelajar perlu dinilai daripada pelbagai sudut.

Kejayaan akademik semata-mata tidak akan memastikan pelajar itu turut cemerlang dalam menghadapi dunia kehidupan sebenar. Bagaimanapun, kita tidak dapat menolak kepentingan pendidikan yang menjadi asas kejayaan individu. Proses pendidikan tidak hanya terhenti di dalam bilik darjah sahaja malah manusia sentiasa perlu belajar sehingga ke akhir hayat. Barulah kejayaan dan kecemerlangan akan sentiasa mengikut diri kita.

Pendidikan juga tidak hanya berkisar kepada pendidikan formal yang hanya melibatkan kertas, pen, syarahan dan peperiksaan. Perhubungan luar antara rakan sebaya, guru, keluarga dan masyarakat perlu diberi perhatian oleh pelajar sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran. Andalah yang akan menentukan sama ada anda bergerak, membesar dan membangun dalam suasana yang akan membentuk kecemerlangan sebagai seorang pelajar.

Terdapat pelajar yang beranggapan mereka tidak boleh berjaya kerana tidak dianugerahkan dengan kebolehan hebat seperti rakan-rakan yang lain. Ada yang beranggapan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan mempunyai kebijaksanaan semula jadi yang tersendiri. Mungkin sudah takdir mereka dilahirkan dengan serba kekurangan. Pernahkah anda mengeluh dengan kata-kata berikut:

``Saya tidak pandai – sejak dulu lagi saya lemah Matematik,''

``Kawan saya memang pandai, baca sedikit pun boleh mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan,''

``Kenapa saya tidak pandai berbahas? Saya selalu berasa takut apabila bercakap di khalayak ramai,''

Mungkin kita sentiasa mengeluh. Kita menyesali dengan pelbagai kekurangan yang ada pada diri kita berbanding dengan rakan-rakan yang lain. Selalunya kita akan berpuas hati dengan apa yang telah kita dapat. Kita beranggapan itulah sahaja kemampuan yang mampu dijana oleh kita.

Kenapa anda tidak bertanya soalan-soalan berikut pada diri sendiri:
``Bagaimana saya boleh pandai dalam Matematik?''

``Bagaimana kawan saya belajar sehingga mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan?''
``Bagaimana ingin menghilangkan rasa gementar apabila bercakap di depan khalayak ramai?''

Orang yang bijaksana malu apabila perkataannya melebihi kesanggupannya. Sebenarnya, tiada siapa yang dapat mengubah tingkahlaku, keupayaan atau kebolehan seseorang kecuali orang itu sendiri mahu berubah. Ibu bapa, guru dan rakan-rakan hanya boleh membimbing dan memberi tunjuk ajar. Anda sendiri yang dapat menentukan sama ada ingin berjaya dengan cemerlang dalam kehidupan atau sebaliknya.
Setiap orang boleh berjaya dalam bidang yang ingin diceburinya. Manusia tidak dilahirkan dengan kebolehan tertentu. Mungkin ada orang yang bernasib baik kerana mempunyai kecerdasan semula jadi yang luar biasa tetapi bilangannya tidak begitu ramai.

Kecerdasan yang tidak terjaga juga akan hilang mengikut masa.
Kalau kita membaca sejarah orang terkenal yang telah berjaya, kebanyakan daripada mereka hanyalah pelajar biasa – seperti kita juga. Setiap orang boleh mencapai kejayaan dengan syarat kita inginkan kejayaan tersebut. Bagaimanapun, setiap kejayaan memerlukan jalan yang tersendiri.

Lihatlah komen mereka yang telah berjaya dalam matematik peringkat SPM

``Saya memang meminati Matematik dan melakukan banyak ulangkaji. Dalam satu minggu saya tetapkan, empat atau lima hari untuk ulangkaji.
``Sekiranya tidak mahir dalam sesuatu persoalan atau topik, tanpa segan silu, saya akan mencari guru yang mengajar dan meminta lebih penjelasan''
Aspek yang paling penting dalam menentukan kejayaan pelajar ialah keperibadian pelajar itu sendiri. Pelajarlah yang perlu menilai, melihat dan cuba pula untuk membentuk diri mereka dengan sempurna...
Back to top Go down
 
Menjadi Pelajar Berjaya
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Nak Jadi Usahawan Berjaya
» 7 Filem tempatan Paling berjaya masakini
» kerana iman menjadi paksi
» Datuk Khalid berjaya mendapatkan Plat KCT 1 untuk DCT
» Wartawan berjaya merakam Pocong di Kulim Hi-Tech

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN ILMU :: MOTIVASI & KAUNSELING-
Jump to: