KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 7 Filem tempatan Paling berjaya masakini

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

7 Filem tempatan Paling berjaya masakini Empty
PostSubject: 7 Filem tempatan Paling berjaya masakini   7 Filem tempatan Paling berjaya masakini EmptySun Jan 09, 2011 10:31 am

Bagi peminat-peminat Filem tanahair, anda pasti ingin tahu apakah filem-filem yang paling berjaya setakat 4 januari 2011 ini? baiklah disini saya ingin membincangkan sedikit.

1) Ngangkung

7 Filem tempatan Paling berjaya masakini NGANGKUNG

Filem ini merupakan satu filem yang paling berjaya setakat ini. Menggunakan RM 1.82 juta sebagai kos pembikinan, Filem ini mendapat keuntungan yang besar apabila meraih kutipan sebanyak 8.12 Juta selepas ditayangkan di 59 pawagam di seluruh Malaysia. Filem ini berbentuk filem seram tetapi terselit banyak eleman Komedi. Syabas diucapkan!

2) Adnan Sempit

7 Filem tempatan Paling berjaya masakini Scene+from+adnan+sempit

Filem ini berjaya meraih tempat kedua sebagai filem yang mempunyai kutipan tertinggi iaitu sebanyak 7.66 juta. Filem ini hanya menggunakan kos pembikinan sebanyak RM 1.50 juta. Filem ini ditayangkan di 61 Pawagam seluruh Malaysia. Genre Filem ini ialah Komedi / Drama

3) Hantu Kak Limah Balik Rumah

7 Filem tempatan Paling berjaya masakini Hantu%2Bkak%2Blimah%2Bbalik%2Brumah%2Bcopy%2Bcopy

Ha.. ini satu Filem yang agak menarik. Menggunakan elemen Seram dan Misteri sebagai tarikan, namun filem ini penuh dengan unsur Komedi yang menghiburkan. Menggunakan 1.42 juta sebagai kos pembikinan, filem ini berjaya meraih kutipan sebanyak 6.89 juta. cukup hebat kerana ia hanya ditayangkan di 39 Pawagam sahaja di seluruh tanahair. Saya terfikir kenapa tidak banyak pawagam mahu menyiarkan filem ini dan saya yakin ia boleh mendapat kutipan jauh lebih tinggi dari ini jika banyak pawagam lain menyiarkanya.

4) KL Drift 2

7 Filem tempatan Paling berjaya masakini Evolusi-kl-drift2

Umumnya saya tidak begitu mengetahui tentang filem ini kerana tidak berminat menontonya. Namun filem ini berjaya mendapat kutipan sebanyak 5.67 juta ringgit apabila ditayangkan di 65 panggung seluruh malaysia. Kos pembikinan filem ini hanya sebanyak RM 1.92 juta. Filem ini dikategorikan dibawah filem Aksi

5) Lagenda budak setan

Khabarnya, filem ini merupakan satu filem yang cukup menyentuh hati dan perasaan. Menggunakan genre Drama dan Cinta, filem ini berjaya meraih kutipan 4.28 juta dengan kos pembikinan 1.36 juta. Filem ini ditayangkan di 51 pawagam di negara kita.
Lagenda Budak Setan

6) Jangan Pandang Belakang Congkak

7 Filem tempatan Paling berjaya masakini Sebalik_Tabir_Jangan_Pandang_Belakang_Congkak

Filem ini merupakan adaptasi dari filem pertama yang mempunyai judul yang sama. disebabkan sambutan yang menggalakkan untuk siri pertama maka ia diterbitkan lagi untuk kali kedua. Filem ini menggunakan kos sebanyak 1.80 juta tetapi berjaya meraih 4.23 juta ringgit apabila ditayangkan di 56 panggung di seluruh Malaysia. Filem ini dikategorikan dibawah filem Komedi dan seram.

7) Magika

7 Filem tempatan Paling berjaya masakini OstMagika

Merupakan satu filem dibawah KRU production yang memberikan satu dimensi baru kepada dunia perfileman negara kita. Filem ini menggunakan Konsep Muzikal dan Fantasi telah menggunakan kos yang agak besar, iaitu sebanyak 2.40 juta. Namun, filem ini mendapat kutipan yang tidak begitu tinggi iaitu sekitar 3.14 juta sahaja. Ia telah ditayangkan di 60 pawagam di seluruh Malaysia

*Kutipan terkini sehingga 4 Januari 2011
* Sumber FINAS

[center]
Back to top Go down
 
7 Filem tempatan Paling berjaya masakini
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Filem Khurafat Syamsul berjaya meraih kutipan 2.5 Juta 4 hari tayangan
» Nak Jadi Usahawan Berjaya
» Menjadi Pelajar Berjaya
» WCOPA iktiraf bakat, muzik tempatan
» Gadis tempatan dilarikan warga Indonesia

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: FILEM & DRAMA-
Jump to: