KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Dikala Siti Sarah bakal berkahwin, perkahwinan bapa siti Sarah, Raisuddin ingin dibubar

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Dikala Siti Sarah bakal berkahwin, perkahwinan bapa siti Sarah, Raisuddin ingin dibubar  Empty
PostSubject: Dikala Siti Sarah bakal berkahwin, perkahwinan bapa siti Sarah, Raisuddin ingin dibubar    Dikala Siti Sarah bakal berkahwin, perkahwinan bapa siti Sarah, Raisuddin ingin dibubar  EmptyTue Mar 01, 2011 1:43 pm

Dikala Siti Sarah bakal berkahwin, perkahwinan bapa siti Sarah, Raisuddin ingin dibubar  1

Walaupun peristiwa penyanyi popular tahun 80-an, Raisuddin Hamzah bernikah kali kedua di Selatan Thailand telah empat tahun berlalu, bapa wanita terbabit masih tidak merestui perkahwinan itu yang dibuat tanpa pengetahuannya.

Suberi Abdullah, 51, berkata, Raisuddin yang dikenalinya sejak tahun 2002 apabila sering datang ke kedai makan yang diusahakannya juga tidak pernah memaklumkan hasrat untuk berkahwin dengan anaknya, Siti Fatimah.

“Selain itu, mereka tidak sepadan dari segi umur dan ia melibatkan maruah keluarga saya,” katanya ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Rabu.

Dia yang disoal oleh peguam syarie Nor Azmi Mohd Ariff yang mewakili Raisuddin, 55, dan Siti Fatimah, 25, seterusnya memberitahu bahawa dia hanya dimaklumkan mengenai perkahwinan itu beberapa bulan selepas ia berlaku.

Tambah Suberi, 50, semasa itu anak sulungnya itu yang sedang menuntut di Universiti Selangor (Unisel) di Batang Berjuntai pulang ke rumah mereka yang terletak di Hulu Kelang, dekat sini.

“Siti Fatimah beritahu saya bahawa Raisuddin mahu berjumpa dengan saya. Saya jumpa dia di sebuah kedai makan di Ukay Perdana, Ampang dan Raisuddin cakap dia dah kahwin dengan anak saya. Saya beristifar,” katanya.

Suberi seterusnya memberitahu, Raisuddin tidak menunjukkan sebarang dokumen yang boleh membuktikan perkahwinan tersebut telah berlaku. Pada keterangan lain, Suberi mendakwa Raisuddin ada menyatakan hasrat untuk meminang Siti Fatimah untuk dikahwinkan dengan anak lelakinya.

“Raisuddin kata pada saya, Pak Lang (panggilan saksi) kalau boleh saya nak pinang anak Pak Lang ini dengan anak saya. Waktu itu, saya kata anak saya masih lagi belajar,” katanya.

Suberi juga mengakui bahawa Siti Fatimah ada berkawan dengan seorang anak doktor sejak pertengahan tahun 2006.

Menjawab soalan peguam syarienya, Mohd Roshdan Sujak pula, Suberi memberitahu doktor tersebut ada berbincang mengenai hubungan anak mereka, tetapi tiada kata putus dicapai memandangkan Siti Fatimah masih belajar.

“Selepas Siti Fatimah bernikah, saya dapat tahu bahawa dia telah berhenti dan tidak menamatkan pengajian,” tambah Suberi.

Sementara itu, menjawab soalan Hakim Syarie, Zainor Rashid Hassin, saksi mengakui bahawa dia tidak mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raisuddin mahupun bermusuh dengan bapa kepada penyanyi popular, Siti Sarah itu.

Suberi sedang memberi keterangan pada permohonannya untuk membubarkan perkahwinan antara Siti Fatimah dan Suberi yang berlangsung di Songkhla, Thailand pada 2 Januari 2007 dengan berwalikan hakim mengikut Seksyen 62(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003.

Selaku plaintif, Suberi menamakan Siti Fatimah sebagai responden pertama dalam permohonannya diikuti oleh Raisuddin. Zainor Rashid menetapkan kes disambung semula pada 13 April depan untuk mendengar keterangan responden-responden.
Back to top Go down
 
Dikala Siti Sarah bakal berkahwin, perkahwinan bapa siti Sarah, Raisuddin ingin dibubar
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Lagu Cinta itu nyawa nyanyian Siti Sarah Raisuddin dan Shuib Sepah
» Perkahwinan Siti Sarah Raissuddin dengan Shuib Sepah telah selamat dijalankan
» Sarah raisuddin dan shuib berkahwin
» Siti Sarah Raissuddin, Bob AF2 bersama ke Hollywood
» Pertunangan Siti Sarah dan Shuib sepah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: