KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Siti Sarah Raissuddin, Bob AF2 bersama ke Hollywood

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Siti Sarah Raissuddin, Bob AF2 bersama ke Hollywood Empty
PostSubject: Siti Sarah Raissuddin, Bob AF2 bersama ke Hollywood   Siti Sarah Raissuddin, Bob AF2 bersama ke Hollywood EmptySun Jun 20, 2010 1:12 pm

Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my
"Saya tidak mahu cakap lebih-lebih dalam soal ini. Paling penting, saya sudah bersedia sebaik mungkin dan akan melakukan yang terbaik" – SARAH

Siti Sarah Raissuddin, Bob AF2 bersama ke Hollywood Hi_01.1

BENARLAH, mereka tidak mempunyai ukuran untuk dinilai sebagai wanita atau lelaki sempurna di pandangan. Itupun jika faktor luaran yang menjadi taruhan.

Dua nama ini, Sarah Raissuddin dan Mohd. Yusrizan Usop atau lebih dikenali sebagai Bob AF2, cukup harum sebagai penyanyi yang memiliki bakat besar di laman seni tempatan.

Kemampuan mereka yang merupakan anak seni generasi baru tidak boleh dipandang mudah. Sarah dan Bob punya 'kuasa' untuk memukau jiwa peminat dengan lontaran suara merdu mempesona. Pada gelombang suara mereka, ada titisan nikmat bahagia kala halwa telinga menjamah rasa.

Justeru kalau bercakap bab vokal, mereka memang juara.

Biarpun sentiasa menerima pujian tinggi melambung, hakikatnya mereka masih berdepan dengan stigma masyarakat kononnya kelebihan fizikal tidak menyebelahi Sarah dan Bob.

Gara-gara terlalu mudah menjatuhkan hukuman awal kepada mereka berdua, Sarah dan Bob seakan-akan dipinggirkan hingga populariti mereka adakalanya naik dan turun dalam gelanggang seni suara.

Padahal penyanyi lain yang bersuara suam-suam suku dan sekadar mempertaruhkan wajah jelita, bentuk badan seksi mengancam, sepatutnya berasa malu dengan kebolehan Sarah dan Bob.

Tahu di mana kelebihan diri, kedua-duanya enggan menoleh ke belakang. Sarah dan Bob kini bangkit apabila menyertai program realiti yang disiarkan di TV2 iaitu Worldstars - Road To Hollywood (WRTH).

Bukan calang-calang, mereka yang layak memenangi peringkat akhir WRTH bakal mendapat tiket khas untuk bertanding di World Championship Of Performing Arts (WCOPA) di Hollywood, Amerika Syarikat mulai 10 hingga 19 Julai nanti.

Siapa sahaja yang tidak mahukan hadiah utama iaitu wang berjumlah AS$50,000 (RM138,000) sekali gus mampu mencipta nama di persada seni antarabangsa.

Dua penyanyi yang sudah diketahui umum bersaing dalam peringkat akhir program tersebut, Sarah dan Bob, menjadi insan paling gementar memikirkan perkara berkenaan.

Niat mereka tidak lain, hanyalah untuk mengibarkan bendera Malaysia di negara asing dengan penuh bangga.

Di samping itu, mereka turut berpayungkan matlamat bagi meneroka peluang untuk mengembangkan sayap lebih luas dalam dunia seni.

Sarah dan Bob bersaing dalam kategori vokal untuk peringkat umur 25 hingga 29 tahun bersama dengan seorang lagi peserta yang berasal dari Kuala Lumpur, Suib Zainin, 29.

Pemilihan Sarah dan Bob diputuskan oleh juri yang mengetuai kategori vokal iaitu Syafinaz Selamat dan Deja Moss.

Selain pengkhususan dalam vokal, kategori lain yang turut dipertandingkan adalah lakonan, tarian, instrumental dan peragaan.

Taruh harapan tinggi

Bakal mendendangkan dua buah lagu untuk peringkat akhir WRTH, Sarah, 25, berazam untuk melakukan yang terbaik di pentas bagi merebut peluang ke WCOPA.

Siti Sarah Raissuddin, Bob AF2 bersama ke Hollywood Hi_01.2

"Saya sudah buat persediaan sejak sebulan lalu daripada memilih lagu-lagu yang bersesuaian dan belajar memperbaiki vokal.

"Kalau boleh, memanglah saya hendak menang sekali gus dapat pergi ke Hollywood bertanding dalam pertandingan berskala besar itu," jelasnya ketika ditemui pada sidang media majlis memperkenalkan calon-calon yang bakal bertanding dalam peringkat akhir WRTH di Istana Budaya, Kuala Lumpur minggu lalu.

Ditanya apakah dia mempunyai peluang cerah untuk beraksi di pentas gah WCOPA kelak, pantas Sarah menjawab: "Itu semua kehendak Yang Maha Esa."

Sambung Sarah, dia tidak mahu membuah kecewa andainya terlalu mengharap untuk menang dan membawa cabaran besar negara di tempat orang.

"Saya tidak mahu cakap lebih-lebih dalam soal ini. Paling penting, saya sudah bersedia sebaik mungkin dan akan melakukan yang terbaik.

"Yang lain, saya berserah kepada Allah Taala yang menentukan segala-galanya," luah Sarah dalam nada lembut.

Bercakap lebih lanjut tentang signifikan WCOPA, Sarah menganggap pertandingan bukan di kelas murahan sehingga dirinya harus diperlekehkan orang ramai.

"Banyak pertandingan nyanyian di Malaysia yang dilihat kurang relevan lagi dalam mengenengahkan muka-muka baru atau bakat sedia ada.

"Pertandingan seumpama ini banyak merosakkan industri seni sebenarnya kalau kita betul-betul perhatikan. Ada yang berbakat besar, namun tidak menang.

"WCOPA merupakan pertandingan yang tidak boleh dipandang ringan. Pertandingan ini secara totalnya tentang bakat-bakat seni di seluruh dunia yang tidak terbatas.

"Dapat bertanding di sana dengan peserta dari negara lain sudah menjadi perkara yang hebat dan membanggakan saya apatah lagi andai saya dapat bawa pulang anugerah tertinggi.

"Memang menjadi impian saya dan semua peserta yang bertanding mewakili Malaysia untuk menang dan mengharumkan nama negara ke tahap teratas," jelasnya bersungguh-sungguh.

Peluang buktikan kemampuan

Bagi penyanyi bertubuh montel iaitu Bob, 28, dia tidak meletakkan harapan seratus-peratus semasa peringkat akhir WRTH.

"Saya hanya akan menyanyikan lagu-lagu yang dipilih dengan sebaik mungkin dalam waktu yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

"Bukan itu sahaja, saya tidak boleh memandang ringan peserta amatur lain. Mereka juga ada kelebihan dan kredibiliti tersendiri yang barangkali artis lain seperti saya dan Sarah tidak ada selama ini.

"Oleh itu, saya hanya akan menunjukkan persembahan yang dapat menarik perhatian juri pada malam peringkat akhir nanti.

"Dengan masa cukup pantas iaitu seminit, saya harus menunjukkan bakat yang dimiliki agar nyanyian saya mudah difahami dan sedap didengar.

"Bayangkan, dalam sebuah lagu yang mengambil masa anggaran tiga hingga lima minit, harus dipendekkan dengan waktu singkat.

"Saya kena bijak untuk mengambil rangkap tertentu dan dicantumkan dengan rangkap lain agar ia cukup mencapai seminit," terang Bob yang akan menyanyikan sebuah lagu asli dalam pertandingan akhir itu nanti.

Walaupun pada awalnya ramai yang mempertikaikan keputusan mereka untuk bermula semula dari bawah, namun Sarah dan Bob tidak mempedulikan kata-kata sinikal itu.

Bagi mereka, WRTH menjadi platform untuk menunjukkan kemampuan masing-masing, lantas menyerlahkan bakat nyanyian bukan sahaja di negara sendiri, sebaliknya di luar.

Cukup membanggakan apabila program yang sebelum ini dikendalikan oleh Allstars Performing Arts (M) Sdn. Bhd., hingga ke saat ini, mendapat sokongan daripada pihak kerajaan yang mula mengambil alih WCOPA sejak tahun lalu untuk mempromosikan negara melalui produk budaya ke peringkat antarabangsa.
Back to top Go down
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Siti Sarah Raissuddin, Bob AF2 bersama ke Hollywood Empty
PostSubject: Re: Siti Sarah Raissuddin, Bob AF2 bersama ke Hollywood   Siti Sarah Raissuddin, Bob AF2 bersama ke Hollywood EmptySun Jun 20, 2010 1:12 pm

Ketua Delegasinya merangkap Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKKK), Datuk Mohammed Mohd. Daud memberitahu, matlamat kementerian menghantar peserta yang layak bertanding adalah bagi mengkomersial dan mempromosikan produk budaya tempatan untuk pasaran dalam dan luar negara.

"Pihak kementerian mencari peserta-peserta yang berbakat daripada beberapa kategori seperti penyanyi, pemuzik, penari, peragawan dan pelakon dengan tujuan membantu artis tanah air memasarkan diri mereka ke luar negara di samping mempromosikan budaya tempatan.

"Buktinya baru-baru ini Noryn dan Iqwal mendapat tawaran syarikat luar negara untuk menerbitkan lagu mereka untuk pasaran di sana.

"Ini adalah tahun kedua pihak kementerian membawa peserta yang layak ke Hollywood selepas dipersetujui oleh jemaah menteri untuk mengikuti WCOPA sebagai pengisian tahunan kementerian.

"Malah kementerian bersama Allstars Performing Arts sebagai penganjur menyediakan persediaan yang lebih rapi tahun ini dengan melakukan sesi uji bakat secara terbuka menerusi enam buah zon di seluruh negara selama sebulan," katanya.

Sambung Mohamed lagi, pembabitan negara ke WCOPA yang dikelaskan sebagai kejohanan bertaraf antarabangsa turut disertai 41 negara yang bertanding tahun lepas.

"Tahun lalu kita bersaing dengan 41 buah negara yang menyertainya dan berjaya membawa pulang 27 pingat manakala pada tahun ini pula, sebanyak 20 negara baru bakal sertai WCOPA sekali gus menjadikan jumlah negara yang menyertainya sebanyak 61.

"Saya harap sekurang-kurangnya kita boleh bawa pulang 30 pingat untuk semua kategori. Sepanjang uji bakat yang diadakan, kita seboleh-bolehnya ingin mencari peserta yang punya pakej lengkap iaitu mampu menyanyi, berlakon, menari, bermain alat muzik dan sebagai peragawan," jelasnya.

Peringkat akhir WRTH bakal bersiaran secara langsung di Panggung Sari, Istana Budaya, pada 3 Mei nanti bermula pukul 8.30 malam. Penonton di luar Kuala Lumpur boleh menyaksikannya secara langsung di saluran TV2 pada waktu yang sama.

Rancangan itu akan dihoskan oleh Pameela Chong dan Jehan Miskin, yang sebelum ini turut mengacara WRTH sejak beberapa bulan lalu.
Back to top Go down
 
Siti Sarah Raissuddin, Bob AF2 bersama ke Hollywood
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Si sebalik kegagalan Siti sarah raissuddin
» Perancangan Siti Sarah Raissuddin membuat comeback
» Putaran Roda Kehidupan Siti sarah raissuddin
» Cuma permainanmu menguji keupayaan Vokal hebat Siti Sarah Raissuddin
» Perkahwinan Siti Sarah Raissuddin dengan Shuib Sepah telah selamat dijalankan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: