KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Si sebalik kegagalan Siti sarah raissuddin

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Si sebalik kegagalan Siti sarah raissuddin Empty
PostSubject: Si sebalik kegagalan Siti sarah raissuddin   Si sebalik kegagalan Siti sarah raissuddin EmptySun Jun 20, 2010 12:49 pm

SARAH sudah belajar bagaimana untuk membuat orang gembira.
MERAIH populariti pada usia muda sepantas kilat, Siti Sarah Raissuddin akui dirinya yang belum cukup matang itu telah memusnahkan dirinya sendiri. Kejayaannya yang dikecapinya dalam sekelip mata itu turut membawa dirinya menjunam.

Akibat terlalu mempercayai orang, dia dikhianati dan turut kecundang adalah kariernya sebagai penyanyi. Sudah cuba untuk melonjakkan namanya semula menerusi program realiti, One In A Million 2, Sarah kini ingin membaiki episod keruh dalam hidupnya.

Sarah sendiri tidak pernah terfikir bahawa dia mampu berdiri semula dan menagih kepercayaan umum serta diberi peluang kedua selepas apa yang berlaku. Dan Sarah mengakui untuk membina namanya semula selepas ‘dicemari’ dengan insiden hitam itu bukan perkara mudah.

“Sejujurnya, bukan senang untuk diberikan peluang kedua daripada orang ramai untuk mempercayai saya semula. Namun, pengalaman pahit ini telah membuat saya menjadi lebih matang. Maka saya menjadi lebih kuat untuk bangkit semula,” kata Sarah ketika ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya baru-baru ini.

Memikul tanggungjawab sebagai penyanyi ketika muda, Sarah bagaimanapun bertuah kerana dia ‘jatuh’ awal dan pengalaman ini menyediakan dirinya untuk menempuh rintangan akan datang.

“Rasanya jika saya tidak mengalami kegagalan sekarang, saya tidak akan belajar untuk berdiri semula. Jadi saya sendiri berasa bertuah kerana melalui saat-saat sukar ini sekarang yang membuatkan saya lebih tabah,” jelasnya yang popular dengan lagu Kesetiaan.

Menegaskan bahawa dia memasuki dunia nyanyian bukan kerana mengejar populariti tetapi atas dasar minat, Sarah memberitahu usianya yang muda menyebabkan dia keliru dan tidak mempunyai masa secukupnya untuk memahami dunia hiburan.

“Menyanyi pada usia ketika remaja lain sedang berseronok bukan mudah. Tetapi itu bukan satu masalah kerana saya memang minat menyanyi.

“Cuma pemikiran yang tidak cukup matang telah memusnahkan diri sendiri. Sikap yang tidak pandai mengawal emosi dan panas baran telah mengeruhkan keadaan. Saya tidak pandai berpura-pura.

“Tetapi kini saya sudah belajar bagaimana untuk membuat orang gembira. Dengan cara ini, saya juga akan menjadi lebih gembira,” terang Sarah yang menghargai peluang kedua yang

diberikan oleh media dan juga peminatnya.

Masih berkawan dengan Harith

Saat Sarah dan Muhammad Harith Fuad Robinson mengumumkan cerita cinta mereka, ramai pihak yang menumpang gembira dengan penyanyi kecil molek ini. Dan apabila hubungan mereka telah menemui penamat awal tahun ini, ramai pula yang terkejut.

Sarah, 24, dan Harith, 25, putus tunang dalam bulan April lalu kerana merasakan mereka berdua tidak lagi sehaluan. Memang Sarah pasrah tetapi kesedihan itu sudah berlalu pergi. Lagipun mereka berdua masih berkawan dan berhubungan.

“Kami berpisah pun bukannya sebab bergaduh. Lagipun dia belum lagi menjadi suami saya. Jadi perpisahan ini masih boleh diterima oleh saya dengan sebaiknya,” jelas Sarah yang mempunyai syarikat produksi baru, SR Productions.

Dan apabila ditanya sama ada dia sedang mencari teman hidup baru, Sarah dengan senyuman hanya memberitahu, “Buat masa ini, saya tidak mencari teman hidup. Cinta adalah mengenai perasaan hati.

“Kalau lelaki itu kacak tetapi perangainya buruk, saya juga tidak mahu. Cinta adalah perkara yang istimewa dan perasaan itu tidak datang selalu. Jadi saya biar ia datang sendiri tanpa dicari.”
Back to top Go down
 
Si sebalik kegagalan Siti sarah raissuddin
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Siti Sarah Raissuddin, Bob AF2 bersama ke Hollywood
» Perancangan Siti Sarah Raissuddin membuat comeback
» Putaran Roda Kehidupan Siti sarah raissuddin
» Cuma permainanmu menguji keupayaan Vokal hebat Siti Sarah Raissuddin
» Perkahwinan Siti Sarah Raissuddin dengan Shuib Sepah telah selamat dijalankan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: