KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Perancangan Siti Sarah Raissuddin membuat comeback

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Perancangan Siti Sarah Raissuddin membuat comeback Empty
PostSubject: Perancangan Siti Sarah Raissuddin membuat comeback   Perancangan Siti Sarah Raissuddin membuat comeback EmptySun Jun 20, 2010 12:17 pm

SELEPAS pertunangannya dengan pelumba sukan permotoran berasal dari New Zealand, Muhammad Harith Fuad Robinson putus, penyanyi Siti Sarah Raissuddin, 24, atau Sarah, tidak mahu lagi isu membabitkan hal peribadi mengganggu tumpuan kerjaya seni yangkini dirancang kembali.

Penyanyi yang mula mencipta nama menerusi lagu Kesetiaan, mahu muncul dengan semangat dan azam baru. Lebih penting, dia mahu letakkan kembali namanya dalam industri muzik tempatan sebagai penghibur disegani seperti apa sebelum ini.

Langkah untuk kembali aktif bagaimanapun perlu dilakukan dengan berhati-hati dan kerana itu Sarah yang ditemui baru-baru ini menjelaskan, dia mahu album dihasilkan bukan saja memberikan keuntungan kepada syarikat tetapi juga kepada penyanyi.

“Selepas pertandingan One In A Million musim kedua, banyak tawaran diterima. Malah ada syarikat rakaman tidak sabar mahu saya bernaung di bawah pengurusan mereka.

“Bagaimanapun, pengalaman yang dilalui sebelum ini seperti album dihasilkan tidak dipasarkan dengan baik dan kontrak ditandatangani berat sebelah menyebabkan saya takut ia berulang kembali dan sekali gus mengganggu usaha untuk aktif kembali.

“Saya mahu memastikan album yang bakal dihasilkan memberi kelebihan bukan saja kepada syarikat tetapi diri sendiri dan peminat,” katanya yang begitu serius merancang perjalanan kerjaya seni.

Kata Sarah, akibat kontrak yang berat sebelah, kesannya mula dirasai terutama membabitkan royalti.

“Selepas saya keluar daripada syarikat rakaman, mereka masih mengaut untung daripada hasil penjualan album kompilasi dan beberapa lagu baru turut dimuatkan. Namun, sebagai penyanyi, saya tidak pernah menerima hasilnya.

“Begitu juga dengan pasaran lagu yang kini boleh dimuat turun ke telefon bimbit. Setiap kali dimuat turun, peminat membayar RM3 tetapi ia dibahagikan sama rata kepada syarikat telekomunikasi, rakaman, komposer dan penulis lirik. Namun, penyanyi seperti saya tidak memperoleh apa-apa.

“Hendak dituntut tidak boleh kerana syarikat rakaman memberikan pelbagai alasan. Malah m,ereka turut menunjukkan bukti membabitkan kontrak yang sudah ditandatangani bahawa ada beberapa klausa menunjukkan mereka berhak berbuat demikian.

“Perkara seperti inilah kalau boleh, saya tidak mahu ia berlaku kerana akhirnya penyanyi menjadi mangsa,” katanya.

Menggembirakan Sarah apabila kali ini dia dapat bernaung di bawah syarikat yang dikendalikan bapanya sendiri yang juga bekas penyanyi dan pelakon, Raissuddin Hamzah iaitu Global Walk Sdn Bhd.

“Bapa saya bertindak sebagai pengarah urusan syarikat itu dan selain daripada penerbitan ia turut mempunyai jabatan yang menguruskan produksi pembikinan album, pengurusan artis dan penganjuran majlis.

“Saya rasa bertuah kerana apabila bernaung di bawah syarikat yang diuruskan bapa sendiri dan banyak kelebihan diperoleh terutama membabitkan isu hak cipta serta pembayaran royalti.

“Bagaimanapun, tidak banyak yang boleh saya ceritakan mengenainya kerana satu majlis pengumuman akan dibuat kelak,” katanya.

Menyentuh perancangan untuk menghasilkan album baru, kata pemenang anugerah Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2003 kali ini dia tidak mahu menggunakan khidmat ramai penerbit seperti sebelum ini bagi memastikan arah tuju konsep dihasilkan lebih terarah.
Back to top Go down
 
Perancangan Siti Sarah Raissuddin membuat comeback
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Si sebalik kegagalan Siti sarah raissuddin
» Siti Sarah Raissuddin, Bob AF2 bersama ke Hollywood
» Putaran Roda Kehidupan Siti sarah raissuddin
» Cuma permainanmu menguji keupayaan Vokal hebat Siti Sarah Raissuddin
» Perkahwinan Siti Sarah Raissuddin dengan Shuib Sepah telah selamat dijalankan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: