KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Awie Rafael (Pulanglah) akui cerewet dipentas

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Awie Rafael (Pulanglah) akui cerewet dipentas Empty
PostSubject: Awie Rafael (Pulanglah) akui cerewet dipentas   Awie Rafael (Pulanglah) akui cerewet dipentas EmptyFri Nov 11, 2011 3:19 pm

Awi Rafael akui cerewet
Oleh Esme Johari Wahab
esme@hmetro.com.my

SETIAP artis ada kelainan tersendiri dan cara membawa penampilan diri sebelum menjayakan satu-satu persembahan.

Hakikat itu tidak terkecuali bagi penyanyi lagu Pulanglah, Awi Rafael yang bersifat agak memilih terhadap aksesori dan peralatan perlu ada sebelum menyanyi.
Kata Awi, seseorang artis perlu ada gaya dan identiti sendiri untuk membezakan mereka dengan artis lain.

“Saya akui memang cerewet dalam pemilihan pakaian, skaf dan jaket. Paling saya utamakan adalah membawa mikrofon sendiri kerana tidak suka berkongsi dengan orang atas sebab kebersihan.

“Lagipun, saya bersyukur kerana mendapat penajaan mikrofon dan peralatan bunyi daripada syarikat pembekal peralatan pentas dari Korea. Bagi saya, mikrofon paling saya gemari adalah jenis ‘boxing-microphone’ kerana unik, lain dari lain dan masih relevan sekalipun pelbagai jenis mikrofon berada dalam pasaran sekarang,” katanya.

Kata Awi lagi, skaf juga antara aksesori perlu ada untuk digantung pada mikrofon kerana memberi inspirasi berasa yakin atas pentas.

“Mungkin disebabkan saya meminati legenda rock n roll, Elvis Presley, rambut saya juga seperti itu. Saya mementingkan kualiti dalam serba-serbi,” katanya.

Single dan muzik video terbaru penyanyi Singapura itu bertajuk Bila Aku Jatuh Cinta menampilkan pelakon wanita, Neelofa mendapat sambutan baik peminat.

“Single kedua saya ini mendapat sambutan baik menerusi YouTube dengan mencapai hit lebih 125,000 sekarang. Saya suka menyanyi di Malaysia kerana peminat
di sini hebat dan negara �harmoni,” katanya.

Album penuhnya akan dilancarkan selewat-lewatnya April 2012. Katanya, dia mahu berjaya sebagai penyanyi, penulis lagu dan penulis lirik. Jika boleh, mahu bekerjasama dengan penyanyi hebat Malaysia seperti Awie, Ika Mentor dan Hazama.

“Saya sedar diri saya bukan ‘star’ dan lebih baik membuat kerja sepenuh hati dan membiarkan peminat sendiri menilai hasil kerja saya. Perancangan lain adalah menjayakan persembahan ke beberapa negeri seperti Pahang, Ipoh untuk bertemu peminat di sana.

‘Saya juga baru menjayakan Fiesta Muzik membabitkan penyertaan artis Singapura dan Indonesia menampilkan juara Idol Singapura, Taufik �Batisah dan penyanyi �Indonesia Rossa. Ia pengalaman baru sangat memberi manfaat,” katanya yang turut merancang berkolaborasi bersama kumpulan Indonesia, Sheila On 7.
Back to top Go down
 
Awie Rafael (Pulanglah) akui cerewet dipentas
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Manchester United - Rafael
» Ruth Sahanaya akui Jamu untuk kecantikan
» Anuar Zain akui tidak mendengar radio 4 tahun
» Bekas suami Nora Danish akui cintai Fasha Sanda

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: